Seperti yang kita sedia maklum, Eropah merupakan benua yang menjadi pilihan hati kebanyakan penggembara termasuk rakyat Malaysia. Selain kepelbagaian budaya serta seni bina yang unik, benua ini juga diibaratkan sebagai ‘syurga membeli-belah’ kerana harga barangan yang ditawarkan di sana adalah jauh lebih murah berbanding di Malaysia.
Seperti perkongsian seorang pengguna Facebook, Anas Abd Rahman ada berkongsi tips penting buat mereka yang berhasrat untuk shopping di benua Eropah ini. Jom baca!
3 fasa promosi jualan
Dah jadi kebiasaan kita untuk shopping atau berbelanja ketika ada promosi ataupun diskaun. Biasa kita tahu Black Friday dan Boxing Day je sales yang famous kita biasa dengar. Tapi rupanya dalam setahun ada lagi dua sale yang gempak yang ada di Eropah ni selain mereka berdua.
Tapi memang jarang sekali. Setahun dua kali je. Sebab sale ni ikut musim di sini. Satu Summer Sales, yang ke dua Winter Sales. Biasanya time ni memang harga drop jugak. Cuma beza dia, tak terlalu pack, ramai dan perlu berkerumun macam Black Friday dan Boxing Day. Kalau dua ni memang kena datang kedai awal pagi, beratur awal dan promosi dalam sehari tu sahaja.
Tahun ini dijadualkan di France Winter Sales jatuh pada 8 January sehingga 6 Febuari 2020. Summer Sales tahun ni pula jatuh pada 24 Jun sehingga 22 Julai 2020. Sales yang ikut musim winter dan summer ni kita kena tahu yang dia ada terbahagi kepada tiga fasa. Fasa pertama, sales 30%-50%, fasa kedua, sales 50%-70% dan fasa ketiga, sales 70%-90%.
Kena datang awal
Cuma biasanya makin dekat dengan tarikh penghujung makin tak banyak barang. Hujung-hujung ini biasanya banyak dah tak ada, kalau handbag pun tinggal warna-warna yang dah tak boleh matching, kasut pun saiz yang ada triple xxxl, baju pulak tinggal yang design biasa-biasa walaupun harga murah dan lain-lain kelemahan.
Tapi terpulang ikut cara dan skill berbelanja masing-masing. Ada orang yang memang ada keperluan nak beli beg tangan jenama tertentu dengan model tertentu. Memang kena datang awal sebelum kehabisan stok.
Ada strategi lain shopping bukan sebab keperluan tapi nak ambil peluang harga barang murah. Tak kisah kalau datang masa fasa ketiga pun untuk shopping. Yang penting bagi golongan ini adalah harga yang murah berbanding model dan jenis yang kita memang nak.
Kalau ada peluang pergi tiga kali boleh pergi terus ketiga-tiga kali tu. Cuma kali ni, jadual penerbangan nak balik pun tinggal tak lama dah, mungkin akan sempat masa fasa pertama sahaja.
Sumber: Anas Abd Rahman