berita

Jennifer Lopez Takluk Malaysia 2 Disember ini!

September 14th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Berita baik! Kini ‘Dance Again Tour’ menjelajah ke serata dunia! Penantian anda bakal berakhir! Inginkan persembahan yang memukau dan mengoda daripada Jennifer Lopez? Kini segalanya bakal ditunaikan!

Kali ini, penyanyi jelita Jennifer Lopez bakal tampil membuat persembahan bertempat di Stadium Merdeka pada 2 disember 2012 jam 8 malam!

Bagi penutupan tirai hangat pada 2012 ini, “Dance Again Tour” nama yang diambil sempena tarian terbaru dengan teknik gerakan tarian yang memukau dan kreografi terbaik bakal dihangatkan dengan lagu-lagu baru daripada album Jennifer Lopez.

Jennifer Lopez seorang pelatih penari professional , terutama professional  dalam tarian ballet, jazz dan glamenco terkenal dengan lagu Latin dan pop dimana lagu tersebut diambil hasil ilham daripada tarian beliau.

Penjelajahan beliau telah bermula di Panama, seterusnya menjelajah ke serantau Latin America dan Brazil kini beliau menjelajah ke Asia.

Untuk keterangan lanjut, sila hubungi Galaxy Group di 03-22822020 atau lawati www.galaxy.com.my.

Eksklusif bagi ahli kad Visa, diskaun jualan tiket dari 5% ke 15% bermula 8 september ke 30 September. Tiket boleh didapati dari harga RM658, RM628, RM528, RM368, RM288, RM268 dan RM168.

SKIP THIS AD ×