berita

Jessica Alba Tampil Menawan Tanpa Sebarang Mekap!

September 6th, 2012 | by Ai
Make-It-Senang

Berketerampilan memukau di depan kamera dengan simbahan solekan yang tebal pasti merupakan pilihan selebriti untuk tampil cantik.

Tidak pula bagi selebriti kecil molek Jessica Alba.Tidak Palsu dan semula jadi! Itu yang ditampilkan oleh Jessica Alba yang dilihat tidak mengaplikasikan sebarang calitan solekan pada wajah.

Beliau yang tampil tanpa sebarang solekan membuktikan kepada orang awam bahawa beliau mempunyai kecantikan semulajadi walaupun tanpa sebarang solekan.Kecantikan semulajadi beliau menampilkan kulit wajah yang sihat dan segar.

Lebih-lebih lagi, beliau dilihat masih kekal cantik walaupun baru sahaja bersenam dibawah pancaran matahari di Los Angeles.

Beliau yang mempunyai komitmen dalam filem Sin City berusaha dengan melakukan senaman bagi mencapai bentuk badan yang diperlukan untuk memenuhi watak tersebut.

Beliau tampil dengan imej gadis remaja dengan menyarung T-shirt berona peach, seluar hitam, dan aksesori yang termasuklah beg tangan bertali panjang dan kaca mata hitam.

Berikut merupakan foto beliau selepas selesai bersenam: