Penyanyi dan pelakon Korea-Amerika, Jessica Jung mengumumkan Malaysia sebagai destinasi pertama bagi siri jelajah ‘Reflections: Jessica Concert Tour 2026’.

Konsert Jessica Jung

Konsert Jessica Concert Tour 2026 akan berlangsung pada 11 Januari 2026, hari Ahad, jam 7.00 malam, bertempat di Arena of Stars, Resorts World Genting, 

Jelajah ini bakal membawa penonton menyusuri perjalanan kerjaya seni Jessica sejak debut bersama kumpulan Girls’ Generation (SNSD) pada 2007, sehingga dia kini menjadi penghibur serba boleh yang melangkaui dunia muzik, lakonan, fesyen dan penulisan. 

Dalam bidang lakonan, Jessica pernah membintangi pementasan muzikal “Legally Blonde” di Korea dan filem “I Love That Crazy Little Thing” serta “My Other Home” di China.

Setiap persembahan dijangka menyajikan pengalaman audio visual yang immersive melalui vokal lembut, persembahan tari dan penceritaan penuh emosi yang dekat di hati peminat.

Tiket konsert boleh dibeli mulai 20 November 2025, hari Khamis, jam 3 petang melalui laman web www.fantopia.io dan rwgenting.com

Harga tiket ditawarkan pada RM988 (VIP), RM788 (PS1), RM588 (PS2), RM488 (PS3) dan RM288 (PS4), tertakluk kepada caj pemprosesan sebanyak RM4.

Pentas berbentuk T

Penganjur HUISHIYULE mengumumkan bahawa siri jelajah di Malaysia akan menampilkan reka bentuk pentas berbentuk T, membolehkan Jessica berinteraksi lebih dekat dengan peminatnya yang digelar Golden Stars, sekali gus menjanjikan pengalaman konsert yang lebih intim dan mengujakan.

Bagi kemudahan penonton, perkhidmatan bas ulang-alik disediakan antara KL Sentral dan SkyAvenue Bus Terminal dengan harga RM50 sehala atau RM80 pergi balik.

Bas akan berlepas dari KL Sentral pada 12 tengah hari dan 2 petang, manakala bas pulang dari SkyAvenue bertolak pada 10.30 malam dan 11.30 malam selepas konsert.