berita

‘Jika Benar Saya Salah Mengapa Takut?’ – Maria Farida Menang Saman Fitnah Bekas Isteri Suami

November 7th, 2017 | by Arini Saleh
Isu & Kontroversi

Kira-kira setahun yang lalu, pelakon jelita Maria Farida telah menfailkan saman fitnah terhadap bekas isteri suaminya, Hadijah Mokhtar atau lebih dikenali sebagai Karen Rayyan. Menurutnya, Karen Rayyan sering menfitnahnya menjadi punca keretakan rumahtangga mereka.

Terbaru, Maria Farida di instagramnya memuatnaik status bersyukur akhirnya kemenangan berpihak padanya.

‘Have a lovely time in prison darling’

ALHAMDULILLAH… After 2 years of harrasement and threats, finally justice is served! Have a lovely time in Kajang Prison darlinggg..

Jika benar saya salah mengapa dia takut?

Menurut laporan mStar Online, Maria Farida akhirnya boleh menarik nafas lega dan berharap kehidupan akan lebih tenang selepas ini.

Sepanjang dua tahun saya dan keluarga menerima pelbagai fitnah daripadanya sehingga ia meninggalkan kesan mendalam pada diri saya.

Ramai memandang serong terhadap saya gara-gara fitnah yang dilakukannya dan kemenangan ini bukti saya tidak bersalah.

Alhamdulillah kemenangan berpihak kepada saya dan berharap dapat meneruskan kehidupan dengan lebih tenang dan tanpa sebarang gangguan selepas ini.

Tambah Maria lagi, Mahkamah juga memerintahkan Hadijah jalani hukuman penjara selama dua minggu selepas dia tidak mengendahkan notis supaya hadiri perbicaraan.

Jika benar saya salah mengapa dia takut untuk datang ke mahkamah? Akibat kedegilannya itu mahkamah memerintahkan dia dipenjarakan selama dua minggu.

Keputusan hari ini juga membuktikan siapa salah dan sebaliknya. Saya benar-benar berharap dia tidak mengulangi perbuatannya dan belajar daripada kesilapan

sumber : mStar Online

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×