berita

‘Jika Beracun, Saya & Keluarga Dulu Yang Akan Mati..’- Pemilik Gerai

October 9th, 2018 | by Ash Nordin
Kini Trending

Terdahulu menerusi sebuah akhbar, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan terdapat 19 kes keracunan makanan dengan dua mangsa meninggal dunia selepas dilaporkan memakan laksa yang dibeli di sebuah gerai di Kupang, Baling. Susulan dari berita itu, pemilik gerai jualan laksa kebok, Daud Ismail tampil memberi penjelasan.

Sudah rasa sebelum jual

Pemilik gerai, Daud Ismail, 51, meluahkan rasa kecewa dengan tuduhan melulu ke atas perniagaannya tanpa usul periksa. Daud yakin bahawa makanan yang dijual sejal tahun 2003 tidak tercemar kerana ia disediakan dengan baik seperti biasa. Tambahnya lagi, sebelum laksa dijual kepada pelanggan, dia serta ahli keluarga akan merasa masakan terlebih dahulu.

Jika beracun, saya dan keluarga dulu yang akan mati malah kami berniaga sudah 15 tahun, cuma baru tiga tahun buka gerai depan rumah.

Apa pun kami akan rasa dulu laksa sebelum dijual, sama ada masin, tawar atau sebaliknya.

Menurut Daud, laksanya juga tidak dimasukkan sebarang bahan tambahan.

Kita sedia macam itu dari dulu, ubat tahan pun tak pernah dibawa masuk dalam masakan. Jika orang nak beli bawa balik jauh pun kami akan asingkan kuah sebab tak mau basi.

Saya hanya mengetahui laksa dijual dikait dengan keracunan selepas Pejabat Kesihatan Daerah Baling datang melakukan pemeriksaan pada 11 pagi kelmarin.

‘Rasa susah hati, nak makan nasi tak lalu..’

Selain itu, Daud berkata mereka (Pejabat Kesihatan Daerah Baling) mengambil sampel laksa, kuah dan sayur. Manakala kali kedua mereka membuat pemeriksaan pada jam 9 pagi semalam, namun hanya mengambil sayur sahaja.

Kami juga hanya mengetahui ada dua orang mati selepas makan laksa ini malam kelmarin selepas menerima mesej yang tular.

Selepas itu, saya rasa susah hati, nak makan nasi tak lalu, tidur tak lena dan fikir siapa lagi nak datang rumah.

Daud berkata, pucuk selom digunakan dalam laksa dari hari Isnin hingga Ahad, manakala penggunaan salad pula dari Rabu hingga Sabtu.

Pucuk Selom saya beli di Sik, jika ada baki akan dibawa sampai Selasa manakala salad pula dibeli dari pasar di Pekan Kupang di mana setiap minggu saya membeli di tempat sama.

Kesan tular itu dapat dilihat apabila pengguna jalan raya memperlahankan kenderaan dan menoleh ke gerai jualan saya kerana kebiasaannya tidak begitu.

Daud berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan siasatan dengan adil dan menganggap apa yang terjadi ini merupakan ujian dari Allah S.W.T.

Sumber: Berita Harian

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×