berita

‘Jika Mabuk & High, Cuba Jangan Pos Di Laman Sosial’ – Sharifah Sakinah ‘Sound’ Fathia

September 20th, 2018 | by faris
Kini Trending

Aktor Aiman Hakim Ridza dan selebriti sensasi Fathia Latiff pernah menjalinkan hubungan cinta tidak lama dulu. Namun, hubungan mereka tidak berakhir dengan gembira apabila masing-masing memilih haluan sendiri.

Setelah pelbagai isu panas dikaitkan dengan Fathia, pelakon Ariana Rose ini kembali menjadi bualan apabila memuatnaik foto Aiman dengan kapsyen ‘mengundang’. Aiman didakwa berhutang dengan bekas kekasihnya itu dan menyekat (block) apabila diminta melangsaikan hutang berkenaan.

Mulanya tak mahu komen tapi..

Sharifah Sakinah yang berkawan baik dengan Aiman tampil mempertahankan lelaki itu menerusi Instagramnya. Menurut heroin Girlfriend Aku Dari Neraka ini, luahan itu tulus dari hatinya dan ditujukan kepada pihak berkaitan.

Ini adalah luahan ikhlas dari hari, supaya orang di luar sana terutamanya ditujukan pihak sana. Aiman kekal setia sepanjang perhubungan anda berdua dan saya pun tidak mengenali dia sangat ketika waktu itu. Namun kemudiannya kami berkawan baik selama 5 tahun, dan dia saya kenali sebagai orang yang tidak bermasalah dengan duit.

Mulanya saya tidak mahu membuat apa-apa komen tapi saya tak berpeluang bersemuka dengan anda manakala menghantar DM tidak berupaya menjernihkan kembali keadaan.

Tinggal pesan pada Fathia

Ujar Sakinah lagi, apa yang dilakukan oleh Fathia itu sesuatu yang boleh mengaibkan sekaligus menjatuhkan reputasi Aiman.

Anda pilih untuk aibkan dia jadi saya pilih untuk bercakap untuk pihaknya demi menjaga reputasi dirinya. Dakwaan tersebut tidak benar, malahan andalah yang banyak menimbulkan drama dan masalah.

Sakinah juga sempat meninggalkan pesan untuk Fathia supaya menjauhkan diri dari telefon ketika berada dalam beberapa situasi yang mungkin dia tidak mempunyai kawalan diri sepatutnya.

Saya ingin memberi nasihat berguna kepada anda dan boleh juga diaplikasikan orang lain juga. Jika anda tidak mampu berfikiran waras, sugul, bengang, mabuk atau khayal, cuba untuk tidak membuat apa-apa pos di laman sosial. Susah untuk lawan perasaan itu tapi jauhkan diri dari telefon anda seketika, kerana ianya boleh membawa bencana.

Michael Ang turut tampil pertahan Aiman

Turut tidak ketinggalan mempertahankan Aiman adalah pengarah Michael Ang. Menurut Michael, dia telah lama mengenali Aiman dan dia antara pelakon yang tidak pernah meminta bayaran pendahuluan apabila menerima tawaran berlakon.

Michael juga turut menasihati Fathia supaya menyelesaikan apa-apa masalah dengan baik kerana cara berkenaan boleh menimbulkan permusuhan antara rakan artis.

Sumber: Sharifah Sakinah, Michael Ang

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×