berita

‘Jika Mama Ada Di Sisimu Saat Ini Pasti Dia Juga Merasa Bangga Denganmu’

November 22nd, 2019 | by Amat
Kini Trending

Sebagai seorang anak sepastinya kita mahu berkongsi keputusan peperiksaan yang cemerlang bersama keluarga tersayang. Namun, sebaliknya kisah seorang pelajar ini yang terpaksa ke tanah perkuburan demi untuk ‘berkongsi’ kegembiraan keputusan UPSR bersama arwah ibunya.

Engkau anak yang baik dan tabah

Menerusi Facebook nenek kepada pelajar berkenaan iaitu Aishah Mat Akat berkongsi foto menyaksikan cucu perempuannya itu berada di Tanah Perkuburan Islam Permatang Pauh undang sebak netizen. Rata-rata turut meluahkan rasa simpati terhadap nasib yang menimpa pelajar perempuan itu yang tidak mempunyai kesempatan berkongsi keputusan peperiksaan UPSR bersama arwah ibu.

Tahniah sayang opah. Engkau tetap cemerlang disisi opah. Perjalananmu masih jauh. Jika mama ada disisimu saat ini pasti dia juga merasa bangga dengan mu. Teruskan perjuangan mu. Engkau anak yang baik dan tabah menerima dugaan. Opah yakin Ila akan berjaya satu hari nanti.

Bagaimanapun, nenek kepada pelajar ini turut meluahkan rasa rindu kepada arwah. Dia turut mendoakan cucunya yang dikenali sebagai Ila sentiasa tabah dan akan berjaya pada masa hadapan.

Sebaknya…

Bergenang air mata

Rata-rata netizen meninggalkan kata-kata semangat buat pelajar ini untuk terus tabah dan kuat harungi ujian. Mereka turut bersimpati dan bergenang air mata melihat adik Ila ketika membawa sekeping keputusan peperiksaan ke tanah perkuburan itu.

Sumber: Aishah Mat Akat

SKIP THIS AD ×