berita

‘Jika Perlu Tangkapan Dilakukan, Ia Akan Dibuat’ – Polis Akan Panggil Hafidz Roshdi Bagi Keterangan

March 5th, 2023 | by Zulaikha
Kini Trending

Minggu ini, kecoh mengenai keganasan rumah tangga yang melibatkan pelakon berusia 29 tahun terhadap isteri tercinta sehingga mendatangkan kecederaan di bahagian muka.

Artikel Berkaitan: ‘Terima Kasih Untuk Cacat Kekal Di Muka Aku’ – Isteri Hafidz Roshdi

Pelakon akan dipanggil bagi keterangan

Gambar sekadar hiasan

Memetik laporan Harian Metro, polis sudah mengambil keterangan isteri pelakon yang ditumbuk suaminya di kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh, awal pagi Khamis.

Menurut Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, mangsa berusia 29 tahun itu hadir ke Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor bagi memberi keterangan, pada Sabtu.

Mangsa selesai memberi kenyataan berhubung kejadian hari ini, manakala suspek (pelakon lelaki) akan dipanggil dalam masa terdekat.

Jika perlu tangkapan dilakukan, ia akan dibuat bergantung kepada kerjasama dan keterangan yang diberikan.

Difahamkan, pelakon terbabit dilaporkan menumbuk isterinya sebanyak tiga kali di Kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Sungai Buloh.

Gara-gara perbuatan itu, ibu kepada dua cahaya mata itu menerima 10 jahitan di bahagian pipi kiri dan menyebabkan cacat kekal.

Sebelum ini, pelakon lelaki itu berdepan kontroversi apabila kisah rumah tangga pelakon terbabit menjadi perbualan hangat ekoran dakwaan curang.

Pada 23 Februari lalu, pelakon itu kemudian menceraikan isterinya dengan talak satu sambil bersaksikan ahli keluarga.

Sumber: Harian Metro

SKIP THIS AD ×