berita

‘Jimat-Jimat, Ingat-Ingat’ Raya Ini Bersama Grab

April 29th, 2022 | by Emir
Kini Trending

Perayaan Aidilfitri yang dinanti-nantikan oleh rakyat Malaysia kini kembali. Bulan dimana umat Islam akan berpuasa dan bermuhasabah diri.

Dalam berpuasa tu, ramai juga yang berkejar untuk melakukan amalan sampingan seperti tarawih dan bersedekah. Masing-masing pun berlumba nak pahala lebih kan.

Sebab tu juga lah Grab Malaysia nak bantu korang untuk terus beramal disamping membantu mereka yang kurang bernasib baik di luar sana. 

Nak tahu macam mana korang boleh hulurkan bantuan kepada yang memerlukan dengan Grab? Jom kami kongsikan!

Tukar GrabRewards Sebagai Sumbangan

Korang boleh menukarkan GrabRewards di aplikasi Grab korang sebagai salah satu sumbangan kepada mereka yang memerlukan.

Grab Malaysia akan memadankan nilai GrabRewards yang korang tukar dengan sumbangan yang akan disalurkan melalui badan-badan amal seperti Islamic Relief Malaysia, PERTIWI, MERCY Malaysia dan banyak lagi!

Sambil korang berjimat dan membantu golongan yang kurang berkemampuan tu, korang juga boleh menikmati diskaun sehingga 50% sepanjang Ramadan dan musim perayaan ni tau!

Penjimatan Hebat Dan Peluang Beramal

Grab Malaysia menawarkan diskaun-diskaun dan penjimatan hebat bagi membantu memenuhi keperluan perayaan korang tahun ini!

Kami senaraikan penjimatan yang masih boleh korang dapat sepanjang Raya di Grab:

  • Tawaran Makanan Eksklusif dengan GrabUnlimited

Nikmati diskaun sehingga 50% sambil menikmati juadah kegemaran korang dengan GrabUnlimited

  • Glam Raya Bersama Grab

Korang yang nak bergaya sakan raya nanti, jangan risau sebab korang boleh pratonton koleksi Raya terbaharu dari LILIT dan Zalora bermula 16 April 2022! Bukan tu je, korang juga boleh menikmati promosi ekslusif di GrabPay!

  • GrabMart Resepi Ramadan On-The-Way

Tak tahu nak masak apa untuk berbuka nanti? Ha Grab boleh tolong korang! Ada banyak resepi yang dikongsikan oleh Chef Naem untuk korang semua cuba nanti. 

Paling best, korang boleh dapatkan semua bahan masakan tu melalui GrabMart

  • Jimatkan perjalanan perayaan dengan Grab Travel Pass dan Intercity

Nikmati tawaran hebat untuk perjalanan Grab, tiket penerbangan dan penempahan hotel dengan Grab Travel Pass dan potongan sehingga 105 apabila membeli tiket bas atau feri melalui Intercity.

  • Dapatkan ganjaran ketika menghantar hadiah

Beri hadiah kepada yang tersayang dimusim perayaan ini kemudian sertai GrabGifts Challenge dan GrabExpress Super Sender Challenge untuk menang hadiah sehingga RM35,000! 

Baju Raya Edisi Terhad Rakan Grab

Bagi memastikan komuniti pemandu dan rakan kongsi penghantaran Grab juga diingati, Grab Malaysia juga akan memberikan ganjaran baju batik edisi terhad rekaan Firdaus Nordin kepada rakan kongsi yang berprestasi tinggi.

Ha menarik kan tawaran dan diskaun yang Grab nak bagi dekat korang? Sambil membantu mereka yang memerlukan, kita pun boleh menikmati penjimatan hebat dengan Grab.

So korang tunggu apa lagi tu? Jom grab pahala Ramadan ini dan berjimat dengan Grab! 

Untuk maklumat lanjut juga korang boleh layari laman web Grab Malaysia. 

SKIP THIS AD ×