berita

Jinggo Batal Perjanjian Kerana Jadual Balqis Terlampau Padat

December 31st, 2014 | by Wan
Isu & Kontroversi

jingggg

Nampaknya kemelut diantara Jinggo atau nama sebenarnya Azman Yahya dengan ibu bapa Puteri Balqis semakin berlarutan. Semuanya gara-gara status tidak puas hati Jinggo terhadap ayah kepada pelakon cilik Puteri Balqis di laman Facebook miliknya.

Artikel Berkaitan: Ayah Puteri Balqis Selar Produksi Sheila Rusly & Jinggo Bodoh

Kali ini Jinggo tampil menjelaskan dia berbuat demikian kerana kecewa dengan sikap ayah Balqis yang dianggap tidak berbudi bahasa apabila mengeluarkan kata-kata kesat menerusi mesej aplikasi WhatsApp. Iyalah sampai cakap produksi orang bodoh, siapa yang tak panas kan?

Sheila Rusly Tiada Kena-Mengena

sehil

Bercakap kepada mStar Online, Jinggo meluahkan rasa tidak puas di laman Facebook miliknya kerana rasa tercabar dengan sikap tidak profesional ayah Balqis yang turut membabitkan isterinya Sheila Rusly dalam perkara ini.

Bukan itu sahaja, dia turut membabitkan isteri saya (Sheila Rusly) yang tiada kena mengena pun dengan perkara ini.

Mesej dia telah mencabar maruah saya dan perkara itu membuatkan saya bengang dan meluahkan rasa tidak puas hati itu di Facebook. Bukan bermakna ingin menjatuhkan reputasi Balqis. Terpulanglah pada umum untuk menilai perkara itu.

Terdahulu ibu Balqis, Norashikin tampil meluahkan rasa kecewa dan mendakwa difitnah oleh Jinggo.

Artikel Berkaitan: Ibu Puteri Balqis Kesal Difitnah Jinggo

Jadual Puteri Balqis Terlalu Padat

mensng

Berhubung isu membatalkan pengambilan Balqis sebagai pelakon drama mereka, Jinggo menjelaskan pihak produksi terpaksa berbuat demikian selepas melihat jadual kanak-kanak itu begitu padat sehingga sukar untuk mereka membuat susunan jadual.

Ini saya cakap berdasarkan apa yang saya tahu sahaja. Memang saya minta pihak produksi mendapatkan Balqis untuk drama ini dan mereka cuba usahakan sehingga dapat.

Selepas menerima jadual Balqis, kami lihat agak sukar untuk menyusun jadual penggambaran Balqis bersama artis-artis lain yang terlibat. Maka pihak kami terpaksa mengeluarkan surat memaklumkan hasrat kami untuk bekerjasama terpaksa dibatalkan.

Tetapi lain pula jadinya apabila bapa Balqis memberi jawapan dengan kata-kata yang langsung tidak berbudi bahasa. Sudah 23 tahun saya terlibat dalam industri ini, takkanlah pihak saya suka-suka nak batalkan tawaran.

Bagaimanapun Jinggo menjelaskan pihaknya masih terbuka untuk bekerjasama dengan Balqis memandangkan pelakon kanak-kanak itu seorang yang amat berbakat. Harap dengan adanya penjelasan yang dibuat oleh Jinggo ini, kemelut antara kedua-dua pihak boleh diselesaikan segera.

SKIP THIS AD ×