berita

Jiran Mengaku Rogol Budak 4 Tahun Di Rumah

August 17th, 2023 | by Shahira
Kini Trending

Seorang lelaki di Indonesia ditahan pihak berkuasa selepas didakwa memperkosa seorang kanak-kanak perempuan berusia empat tahun.

Perkosa budak 4 tahun

Memetik laporan Kompas, kejadian tersebut berlaku 13 Ogos lalu di sebuah rumah di Kecamatan Purwodadi, Kabupaten Musi Rawas. Suspek dikatakan bertemu dengan mangsa di satu acara perlumbaan yang diadakan tidak jauh dari rumah mangsa.

Suspek, 47, yang merupakan jiran mangsa telah mengajak kanak-kanak itu ke rumahnya dan di sana, suspek telah melakukan perbuatan terkutuk tersebut.

Selepas pulang ke rumah, si kecil ini menceritakan apa yang terjadi kepada kakaknya. Terkejut mendengar perkara itu, ahli keluarga mangsa telah tampil membuat laporan polis. Susulan daripada laporan yang diterima, pihak berwajib bertindak melakukan pemeriksaan terhadap mangsa. Suspek turut ditahan bagi membantu siasatan.

Semasa soal siasat dijalankan, suspek mengaku akan perbuatan yang dilakukannya. Ada dakwaan mengatakan bahawa suspek menyukai kanak-kanak namun setakat ini, hanya seorang mangsa yang dikenalpasti. Pihak berkuasa masih menjalankan siasatan lanjut dan suspek berdepan hukuman penjara 15 tahun.

Sumber: Kompas

SKIP THIS AD ×