berita

Jodoh Masih Kuat, Ras Adiba Kahwin Semula Bekas Suami

June 4th, 2022 | by Amirul Asraf
Kini Trending

Bekas personaliti TV, Datuk Ras Adiba Radzi, selamat mendirikan rumah tangga semula dengan dengan bekas suaminya Mohamed Azam Ali, dalam sebuah majlis ringkas di Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI).

Jodoh masih kuat

Menurut Ras Adiba, tiada lain jodoh mereka masih kuat meskipun pernah bercerai sebelum ini. Tambahnya, perkahwinan umpama satu persahabatan dan perlu saling toleransi.

Kami kenal sangat satu sama lain. Banyak persamaan sungguh pun berbeza dari beberapa sudut. Tidak ada orang yang sempurna justeru kami sependapat untuk menghormati kekurangan dan saling bertoleransi. Perkahwinan seperti persahabatan, mesti beri ruang untuk satu sama lain menjadi diri masing-masing.

Ujar Ras Adiba lagi, dia perlu menghargai setiap saat yang dilalui sekarang ini dan harus bijak sesuaikan diri dengan pasangan dalam sesebuah perkahwinan.

Kita tidak boleh mengubah sifat seseorang, kita sesuaikan diri dengan pasangan, sambil pastikan kita tidak hilang keunikan diri kita sendiri.

Terdahulu, Ras Adiba dan suami berkahwin pada 16 Mac 2019 di Masjid Jamek Al Khadijah, Pantai Dalam, Kuala Lumpur. Bagaimanapun, Ras Adiba memilih untuk merahsiakan mengenai perceraian mereka sebelum ini kerana menganggap ia perkara peribadi yang tidak perlu dikongsikan kepada umum.

Sumber: Ras Adiba & Harian Metro

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×