berita

Jodohku Di Puncak Gunung

September 5th, 2020 | by Zulaikha
Kini Trending

Jodoh dan pertemuan rahsia Tuhan dan tiada siapa dapat menduga. Siapa sangka dari hobi yang sama, mendaki gunung boleh membawa pasangan merpati dua sejoli ini ke jinjang pelamin.

Ini kisah perkenalan antara Iwan dan Myzaa yang bermula dari messenger di Facebook bertanyakan tentang ‘guide’ untuk mendaki ke Bukit Tabur. Siapa sangka dari menjadi kawan sehobi kepada teman sehidup semati.

Mula berkenalan melalui messenger

Menerusi messenger di Facebook, Iwan yang memulakan langkah pertama dengan  bertanyakan jikalau Myzaa sudah mempunyai guide untuk ke Bukit Tabur dan hari yang dirancang untuk mendaki bersama.

Sudah banyak gunung daki bersama

Menerusi perkenalan mereka selama 5 tahun, Iwan dan Myzaa sudah beberapa kali ke gunung yang sama seperti Gunung Tahan, Gunung Kinabalu,  dan Gunung Kerinci yang merupakan puncak gunung berapi tertinggi di Indonesia.

Lebih menarik, setiap gunung tersebut telah berjaya didaki sebanyak 3 kali. Hebat kan? Tapi kali ini, gunung pelamin yang mereka daki bersama.

Puncak pelamin

Pasangan tersebut disatukan pada 30 Ogos yang lalu setelah melalui fasa perkenalan selama 5 tahun sebelum mula melayari bahtera rumah tangga. Siapa sangka bermula dari menjadi guide untuk ke puncak menjadi guide dalam kehidupan bersama.

Tahniah diucapkan kepada Iwan dan Myzaa, semoga berbahagia hingga ke jannah.

Sumber: Iwan Kuun & Myzaa

SKIP THIS AD ×