Usahawan dan pempengaruh, Jofliam bakal mengagihkan pizza wagyu milik perniagaannya secara percuma bagi 300 terawal sebagai cara meraikan perkahwinan keduanya bersama isteri tercinta, Emira Delyati Dewi baru-baru ini.

Artikel Berkaitan: Jofliam, Dewi Sah Bergelar Suami Isteri

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Jofliam Cemburu Dewi Banyak Luang Masa Dengan Anak Lelaki – ‘Lepas Han, Han Lagi’

Pizza percuma

Menerusi perkongsian yang dimuat naik di Instagram Story (IG Stories), usahawan pizza wagyu itu menggantikan majlis perkahwinan dengan menyediakan beberapa jenis makanan untuk pengikutnya secara percuma.

Saya tidak buat majlis, mungkin ini cara saya.

Asalkan orang datang, makan dengan gembira sudah mencukupi.

Doakan saya, isteri dan keluarga saya.

Menu pizza saya masih fikir, saya akan sediakan dua ke tiga jenis menu.

Dalam pada itu, Jofliam hanya mengharapkan doa dari orang ramai buat keluarga kecilnya agar sentiasa diberkati.

Sambutan hangat dari pengikut

Berkongsi lebih lanjut, Jofliam menerima hampir 9,000 mesej daripada pengikut untuk menerima pizza wagyu secara percuma.

Tadi 5,000 sekarang dah 8,000.

Goodluck guys.

Goodluck juga untuk saya untuk scroll satu-satu.

Untuk rekod, Jofliam dan Dewi selamat menjadi suami isteri yang sah pada 5 April, minggu lalu.

Sumber: Instagram @jofliam