
Akui mula berasa tidak sedap hati, pempengaruh dan usahawan iaitu Jofliam mengambil keputusan untuk menghadiahkan lampu perhiasan berbentuk kuda di rumahnya secara percuma kepada mana-mana individu bukan beragama Islam.
Artikel Berkaitan: Jofliam Nafi Guna ‘Glove’ Sama Tarik Karpet Merah & Hantar Piza
Artikel Berkaitan: Percutian Ke Ko Lipe Tak Kesampaian, Jofliam Dakwa Cik Epal ‘Halang’ Bawa Han & Yuki Bercuti Luar Negara – ‘Duit Dah Burn RM3,368.80′
Nak beri secara percuma
Menerusi Instagram Story (IGs), Jofliam atau nama lengkapnya Jofli Abu Bakar memaklumkan keputusan itu diambil selepas timbul persoalan dalam diri mengenai tindakannya yang menyimpan ‘patung berhala’ di dalam rumah.
Daripada dulu saya simpan, saya rasa macam tak ada masalah pun sebab rezeki masih Allah bagi dan sebagainya.
Tapi lama-kelamaan bila tengok kuda ini saya rasa macam tak sedap hati. Saya rasa macam betul ke tidak tindakan saya menyimpan kuda ini?
Jadi, saya nak ikut kata hati saya dan saya akan buang kuda ini daripada rumah saya.
Saya nak berikan kepada sesiapa sahaja secara percuma tapi bukan kepada orang yang beragama Islam.
Kalau ada sesiapa yang bukan beragama Islam yang mahukan, saya rela hati untuk menghadiahkan kuda ini secara percuma sahaja.
Bercerita lanjut, Jofliam berkata, dia membeli perhiasan tersebut di sebuah kedai lampu dengan harga RM5,500.
Pada awalnya, dia merasakan tindakannya itu tidak menjadi satu isu kerana hanya menganggap kuda tersebut sebagai barang perhiasan di dalam rumah.
Kuda ini saya beli dengan harga RM5,500 di sebuah kedai lampu.
Waktu itu saya beli sebab dia ada lampu atas kepala.
Tapi bila saya bawa masuk ke dalam rumah, ramai yang pertikai tindakan saya dan tanya kenapa letak berhala dalam rumah?
Tapi waktu itu saya ‘twist’ balik dan kata ini bukan berhala tapi sebaliknya ini hanyalah lampu.
Itulah hujah yang saya gunakan walaupun dah terang-terang ianya macam berhala.
Posting Jofliam





![[VIDEO] Haliza Maysuri Turun Merewang Untuk Aqiqah Cucu – ‘Dah La Kaya, Rajin Turun Dapur’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/haliza-maysuri-2.jpg)
![[VIDEO] Capik Lalat Ditegur Pendakwah Bebas, Sifatkan Lelaki Ringan Tangan Sebagai Dayus – ‘Ada Tiga Cara Nabi Ajar’](https://asset.ohbulan.com/2026/08/capik-lalat.jpg)
