Pelakon Johan As’ari mengumumkan bakal menamatkan zaman bujang bersama wanita pilihannya yang hanya mahu dikenali sebagai Miss N, pada tahun ini.
Artikel Berkaitan: ‘Jenis Nak Tunjuk Dekat Semua Orang’ – Kongsi Video Mengaji Pun Johan As’ari Kena Kecam
Artikel Berkaitan: [VIDEO] ‘Aku Sedih Dengan Pengikutku’- Bacaan Surah Ar-Rahman Johan As’ari Buat Netizen Sebak
Artikel Berkaitan: ‘Saya Tak Redha Dengan Cara Ustaz Nilai Iqram’- Isu Iqram Dinzly Guna ‘Che Mat’, Johan Arrif Ajak Ustaz Bersemuka
Miss N
Menurut Johan, dirinya begitu serius untuk menghalalkan wanita tersebut untuk dijadikan isteri. Malah, beberapa persiapan menuju hari bahagia juga telah dilakukan.
Alhamdulillah, terima kasih yang sentiasa mendoakan dan mengingatkan saya tentang perkahwinan. 90 peratus saya begitu serius untuk menghalalkan wanita pilihan saya (Miss N) dan persiapan itu ada juga la beberapa yang dah nampak.
Saya dan dia sudah berbincang dengan orang tertentu seandainya kami berkahwin nanti siapa wedding planner kami, pelamin dan sebagainya termasuk yang nak buat baju kahwin kami pun dah ada.
Sekarang ini hanya mendoakan segalanya dipermudahkan oleh Allah. Apa yang saya boleh kata insya-Allah tahun ini saya akan tamatkan zaman bujang saya.
Johan berkongsi mengenai perkara itu ketika ditemui pada malam gala tayangan filem lakonan terbaharunya berjudul Tujuh Dua Belas yang berlangsung di GSC, Starling Mall, pada Selasa.
PhD & petani moden
Diminta mengulas lanjut mengenai Miss N, pemilik nama penuh Johan Ariff As’ari, 36, berkata, wanita itu merupakan seorang pemegang ijazah Doktor Falsafah (PhD) selain memiliki perusahaan tanaman buah mangga harum manis.
Kami berkawan sudah lima tahun, tidak begitu lama dan tidak lah begitu sekejap. Masa awal PKP hari itu dia duduk London dan sekarang sudah kembali ke tanah air dan menetap di Perlis. Dia merupakan seorang usahawan dan petani moden.
Dia menjalankan perniagaan tanaman buah harum manis, sudah enam tahun tidak silap saya. Sekarang boleh dikira dia seorang pengusaha harum manis.
Dia juga mempunyai kelulusan PHD dalam Political Sciences (Sains Sosial) di sebuah universiti di London.
Dia sangat supportive, bukan memberi semangat daripada segi kewangan tetapi dia ajar saya untuk jadi kuat dan sentiasa semangat. Kadang-kadang saya tak semangat nak buat live di TikTok dia bagi semangat.
Dalam masa sama, aktor itu berkata pihak keluarga turut memberi sokongan untuknya mendirikan rumah tangga.
Sedangkan lidah lagi tergigit, ini pula kan suami isteri. Insya-Allah kalau ada keserasian yang baik tiada apa-apa yang berlaku, kami anggap hubungan ini lebih kepada soulmate.
Keluarga saya pun sangat supportive, mereka sering tanya bila saya nak kahwin. Ayah saya tanya, adik dan kakak saya. Insya-Allah.
Filem Tujuh Dua Belas
Selain Johan, Tujuh Dua Belas turut menampilkan barisan pelakon seperti, Farali Khan, Chintya Candranaya, Adam Darwisyh dan ramai lagi. Filem arahan Thorpe Ali itu bakal menemui penonton di pawagam seluruh Malaysia pada 4 Mei ini.
Tujuh Dua Belas menceritkan Safia (Farali Khan) dan anak saudaranya Adam (Adam Darwisyh) dalam perjalanan ke hotel untuk berjumpa rakannya Desi (Chintya Chandranaya) dan ke lapangan terbang untuk bercuti ke kampung Desi.
Ketika dalam perjalan ke hotel, kereta Safia ditahan sekumpulan lelaki dan dia diancam serta beg dan telepon bimbitnya dirampas oleh Bentayan dan Adam diculik. Safia cuba melawan namun terpaksa mengalah jika tidak Adam akan ditembak.
Safia cuba mengekori mereka dan malangnya apabila tiba di satu persimpangan, mereka terpisah. Pelbagai dugaan ditempohi oleh Safia untuk menjejaki mereka.