berita

Johan A’sari & Kaka Azraff Serasi ‘Bersama’

December 4th, 2012 | by Ai
Kini Trending

Yang dimaksudkan dengan serasi bersama bukanlah Johan dan Kaka sudah bercinta. Tetapi kedua pasangan ini serasi berganding didalam program Fear Factor Selebriti Malaysia (FFSM) yang bakal ditayangkan di saluran Astro Ria (104) tak lama lagi.

Mungkin ramai yang tidak tahu, untuk digandingkan bersama orang yang baru dikenali bukanlah sesuatu yang mudah. Lagi-lagi jika mahu melalui sebuah program seperti Fear Factor yang umum tahu, sangatlah mencabar mental dan fizikal. Tapi, lain pula bagi pasangan Johan A’sari dan Kaka Azraff, kedua mereka kelihatan selesa bekerjasama.

Ketika ditemui di majlis pelancaran FFSM yang diadakan di KH Tower, Bukit Bintang semalam, Johan tidak segan untuk berkongsi cerita mengenainya bersama Kaka ketika sama-sama mengharungi program Fear Factor Selebriti Malaysia di Cape Town, Afrika Selatan. Bagi Johan, dia telah menganggap Kaka sebagai adik dan cukup mengagumi semangat yang diberikan ketika program berlangsung.

“Kaka dan saya adalah dibawah satu pengurusan. Tapi kami mula mengenali lebih antara satu sama lain di Fear Factor. Sebelum ini, hanya berjumpa di ‘bootcamp’,” ujar pelakon berusia 26 tahun ini.

Johan turut menambah, “Ketika program berjalan, tak ada isu gaduh pun dengan Kaka dan kami selesa menegur sebagai abang dan adik. Azam dia memang tinggi. Kami berkongsi idea dan dia juga seorang yang sangat kuat dan tahan lasak.

Dalam pada itu, Kaka pula ketika ditemubual juga tidak menafikan apa yang dikatakan oleh Johan.

“Keserasian antara kami mula dibina sejak ‘bootcamp’, tapi menjadi lebih rapat apabila masuk minggu ketiga.

“Saya bersyukur dipasangkan dengan Johan, sebab dia sangat memahami perempuan. Kaka faham dia dan anggap dia macam seorang abang. Tak terfikir pun nak bercinta ke apa,” jelas Kaka lagi.

Fear Factor Selebriti Malaysia bakal ditayangkankan setiap hari Sabtu jam 9.00 malam bermula 29 Disember 2012. Jangan lupa saksikannya di saluran 104, Astro Ria.

SKIP THIS AD ×