Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali berkongsi pandangan peribadinya terhadap individu berbadan besar atau obesiti.

Artikel Berkaitan: Johan Ghazali & Keluarga Terkandas Di Mekah – ‘Dapat Luang Masa Lebih Di Sini’

Gaya hidup sihat

Menerusi hantaran di Instagram, Johan, 19, menjelaskan dia kurang gemar melihat individu yang tidak mengambil serius tentang tahap kesihatan dan gaya hidup mereka sendiri.

Aku tak berapa suka dengan orang gemuk. Sebelum kalian nak marah dengar dulu penjelasan saya. Saya memang tak suka dengan orang gemuk atau yang tidak sihat.

Orang gemuk ada dua jenis. Pertama yang sedar diri mereka gemuk atau tidak sihat tapi berusaha turunkan berat badan. Mereka cuba dan berusaha jalankan gaya hidup sihat. Makan makanan berkhasiat, saya hormat yang itu.

Jenis kedua, orang gemuk yang diri mereka gemuk tetapi tidak kisah dengan diri mereka. Orang macam ini yang buat saya tidak suka dengan mereka.

Tambah Johan atau mesra disapa Jojo, dia mengakui sering membuat penilaian terhadap individu yang tidak menjaga kesihatan diri, terutama apabila melihat mereka tidak berusaha untuk berubah.

Dunia ini kejam dengan orang gemuk. Setiap kali lihat orang gemuk, saya akan kata diri mereka pemalas. Mereka tidak berdisiplin dan tidak tahu kawal diri mereka, saya pasti akan menilai.

Berbeza dengan tanggapan apabila saya lihat orang kurus. Saya tidak pasti ada yang bersetuju atau tidak dengan pandangan saya ini.

Saya juga masih ramai kawan-kawan yang gemuk tetapi 90 peratus daripada mereka adalah golongan gemuk pertama yang saya cakap iaitu berusaha amalkan gaya hidup sihat.

Saya kalau makan makanan tidak sihat, tidur lambat atau sebagainya, saya tahu apa yang perlu buat selepas itu. Saya perlu jogging lebih sikit.

Dalam masa sama, Jojo turut membandingkan budaya dan gaya hidup masyarakat di Malaysia dengan negara lain yang menurutnya lebih menitikberatkan soal kesihatan serta kecergasan fizikal.

Malaysia adalah antara negara yang paling ramai orang gemuk. Aku pergi Jepun, nak cari orang gemuk susah sebab mereka amalkan gaya hidup sihat. Kalau dekat Malaysia, nak cari orang kurus susah.

Sumber: Instagram