Penyampai radio Hot FM, Johan Raja Lawak hampir terlepas pesawat untuk ke Makkah bagi mengerjakan ibadah haji selepas berlaku kekeliruan nama pada visa miliknya.
Artikel Berkaitan: [VIDEO] Ozlynn Dedah Sisi Berbeza Johan – ‘Dia Sebenarnya Seorang Yang Pendiam & Tak Banyak Cakap’
Syukur segalanya dipermudah
Memetik laporan Awani, Johan memaklumkan kekeliruan itu wujud sewaktu dirinya dan isteri, Ozlynn hendak berlepas di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dengan menggunakan pesawat SAUDIA.
Walau bagaimanapun, pemilik nama Mohd Yazid Lim Mohamad Aziz berasa sangat bersyukur kerana kekeliruan tersebut berjaya diselesaikan tanpa sebarang masalah.
Alhamdulillah, selepas lebih sejam berurusan dengan pihak penerbangan, isu itu dapat diselesaikan.
Menurut Johan, masalah itu berlaku selepas nama penuhnya tidak tercetak pada visa miliknya namun dia tetap tenang berdepan dengan masalah tersebut dan menganggap ia sebagai satu ujian untuknya sebelum berlepas ke Mekah.
Sekadar info, Johan dan Ozlynn serta 11 lagi pengamal media yang mendapat jemputan dari Kementerian Media Arab Saudi telah berangkat ke Makkah pada 7 Jun lalu.
Sumber: Awani