Jaguh Muay Thai Antarabangsa, Diego Paez memuji jaguh Muay Thai kebangsaan, Johan Ghazali sejurus selepas tamat perlawanan ONE Fight Night 32 yang berlangsung pada Sabtu.

Artikel Berkaitan: ‘Saya Malu Dengan Pemikiran Sampah Orang Saya Sendiri’

Diego puji, cuma…

Menerusi temu bual selepas tamat perlawanan, Diego memaklumkan Johan yang baru berusia 19 tahun itu memiliki masa depan yang cerah dalam sukan gusti.

Dia merupakan pesaing yang sangat bagus dan mempunyai masa depan yang cerah dalam bidang ini.

Dia seorang petarung yang bagus dan mempunyai pasukan yang bagus disekelilingnya.

Meskipun Johan tewas, saya ucapkan selamat maju jaya kepadanya dan semoga dia bangkit semula daripada kekalahan ini.

Dalam masa yang sama, petarung Colombia-Amerika itu sempat menitipkan nasihat buat Johan supaya dia dapat memperbaiki kariernya dalam sukan seni mempertahankan diri.

Untuk perlawanan ini mungkin dia (Johan) sedikit memandang rendah kepada saya.

Saya boleh katakan dia berlawan dalam keadaan penuh dengan ego dan terlalu yakin.

Sebab itu setiap kali sebelum perlawanan saya selalu nasihatkan pesaing untuk memberikan sepenuh fokus kepada apa yang sedang berlaku dan bukannya fokus terhadap apa yang akan berlaku.

Sekadar info, Johan yang lebih mesra disapa Jojo telah tewas Diego Paez dalam aksi penuh sengit di acara berkenaan yang berlangsung di Stadium Lumpinee, Bangkok, Thailand.

Video penuh

Sumber: TikTok, YouTube