berita

Join Peraduan Ini Kalau Korang Nak Menang WATCH GT 2, Mudah Je Caranya!

October 4th, 2019 | by Epul
Kini Trending

Ketika pelancaran global HUAWEI Mate 30 Pro di Munich baru-baru ini, HUAWEI turut melancarkan jam pintar WATCH GT 2 yang diperbaharui dari segi sistem dan bateri dari model sebelumnya. Kata mereka, bateri WATCH GT 2 mampu bertahan sehingga 2 minggu, betul ke?

Setelah kami ‘korek-korek’, rupanya WATCH GT 2 sudah ‘mendarat’ di Malaysia beberapa hari lalu dan bakal dijual pada harga RM799! Peminat smart watch mesti tak sabar rasanya nak pre-order kan? Apa yang best tentang WATCH GT 2 yang baru ni?

Bateri tahan lebih lama, sampai 2 minggu?

Menggunakan rekaan cip Kirin A1 berkuasa tinggi, WATCH GT 2 memberikan jangka hayat bateri lebih lama sehingga 2 minggu dan menawarkan transmisi lebih pantas serta liputan lebih luas dengan sokongan sistem Blueetooth BT5.1 dan BLE5.1.

Cuba tinggalkan jam dekat ruang tamu dan caj phone dalam bilik tidur, sambungan Bluetooth antara jam dan phone korang takkan terputus!

WATCH GT 2 juga dilengkapi mod smart power-saving algorithm 2.0 yang membolehkan ia mengenalpasti senario pengguna dan mencapai prestasi terbaik pada penggunaan kuasa terendah berdasarkan senario yang berbeza, hebatnya!

Rekaan minimalis serlahkan gaya

Bagi korang yang suka pakai smart watch tapi still nak match dengan gaya tersendiri, tak perlu risau sebab WATCH GT 2 sesuai digayakan dalam apa jua busana kerana ia diinspirasikan oleh rekaan estetik minimalis.

WATCH GT 2 mengintegrasikan paparan muka kaca 3D berkualiti tinggi bagi mewujudkan paparan jam seakan-akan tiada bezel. Tengok sendiri butiran hasil kerja halus pada case jam itu sendiri dan reka bentuk klasiknya, memang cantik!

Boleh jadi jurulatih sukan profesional korang

Zaman sekarang ni nak bayar jurulatih profesional mahal. Dengan WATCH GT 2, ia mampu merekod aktiviti senaman dan memantau kadar denyutan jantung korang secara tepat dengan TruSeen™ 3.5. Memang sesuai untuk semua aktiviti dalaman dan luaran korang.

Dengan WATCH GT 2, korang boleh berenang, berlari, memanjat gunung, berbasikal dan bersenam di gim. Buatlah apa saja aktiviti yang mengeluarkan peluh, WATCH GT 2 akan merekod segalanya!

Apa yang admin share ni baru sikit, sebenarnya ada baaaanyak lagi fungsi hebat yang korang kena explore pada WATCH GT 2. Jadi, tunggu apa lagi? Jom pre-order sekarang dan korang akan dapat Latona Fluoroelastomer Strap (Dark Green) bernilai RM69 secara PERCUMA!

Klik SINI

Nak WATCH GT 2 secara PERCUMA? Boleh, tapi ada syarat-syaratnya…

Haa, sempena pelancaran WATCH GT 2 ni di Malaysia, admin nak cari DUA orang peserta bertuah untuk mencuba dan menjadi pengguna terawal WATCH GT 2 ni selama 4 hari. Peserta yang berjaya menggunakan smart watch ni tanpa caj selama 4 hari dan memiliki baki bateri paling banyak selepas 4 hari akan dipilih sebagai pemenang.

Daaan, pemenang boleh terus memiliki WATCH GT 2! Woohoo! Macam mana nak terpilih untuk jadi peserta? Haa! Meh follow steps ni dulu:

  1. Like post ini
  2. Share post ini
  3. Comment dekat ruangan bawah post ini…”Saya ingin merasai pengalaman bersama WATCH GT 2 kerana…”
  4. Jangan lupa letak sekali hashtag #HUAWEIWATCHGT2MY dan #MATTEBLACK

Senangkan?! Admin akan pilih DUA PESERTA hari ni, 4 Oktober sebelum pukul 10 malam. Cepat guyssss! Kot kot la ada rezeki korang kannn :D

*Tertakluk kepada terma dan syarat

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×