Johan Ghazali

Perkongsian di TikTok peninju Muay Thai negara, Johan Ghazali menuai perhatian apabila dia memuat naik beberapa foto bersama seorang wanita.

Artikel Berkaitan: Jojo Bangga Berbaju Melayu, Sedia Bertarung Dengan Josue Cruz

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Johan Ghazali Beli Jam Tangan Jenama Mewah Sebagai ‘Self Reward’, Netizen Dakwa Harga Cecah RM74,000

Jojo ada kekasih?

Johan Ghazali

Menerusi hantaran itu, Johan atau mesra disapa Jojo keluar meluangkan masa bersama seorang wanita dikenali sebagai Queenna Khan.

Dipercayai mereka keluar makan malam bersama di sebuah restoran yang berlatar belakang menara pencakar langit, KLCC.

Peninju berusia 18 tahun itu kelihatan kacak mengenakan baju kemeja berona biru gelap manakala wanita berkenaan anggun dalam persalinan gaun pendek berwarna merah jambu.

Tidak meletakkan sebarang kapsyen panjang, Jojo hanya menulis ‘buang stress sikit’.

Sementara itu, rata-rata wargamaya yang singgah ke ruangan balas membuat andaian mengatakan mereka mempunyai hubungan istimewa.

Kata netizen, sekiranya Jojo dan wanita terbabit benar bercinta, mereka merestui kerana kelihatan begitu serasi.

Namun, tidak kurang juga wargamaya yang berseloroh mengatakan mereka makan hati dan mengundur diri kerana tidak berjaya menawan hati Jojo.

Sumber: TikTok