Jaguh Muay Thai negara, Johan Ghazali tampil memohon maaf berhubung kenyataan yang dibuat sebelum ini menggelar lelaki kurang tampan dengan panggilan katak.

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Pempengaruh Dedah Harga Jam Tangan Johan Ghazali Hampir RM100k Seutas – ‘Semenjak Dapat Bonus, Saya Nampak Dia Banyak Buat Pembelian’

Artikel Berkaitan: [VIDEO] Kekasih Johan Ghazali Tolong Cabut Benang Jahit, Peminat Suruh Cepat Kahwin – ‘Untunglah Dapat Girlfriend Doktor’

‘Jangan lurus bendul’

Hanya guraun semata-mata, Johan atau mesra disapa JoJo, 18, berkata, kenyataan itu ditujukan kepada segelintir individu yang mempersoalkan kejayaan yang diraih olehnya hanya berlandaskan rupa paras.

Asal ramai sangat terasa fasal isu itu (panggilan katak), aku minta maaf. Tapi korang jangan lah lurus bendul sangat.

Cuba fikir jika seseorang itu berusaha dari kecil, berlatih setiap hari tapi tiba-tiba orang cakap aku famous sebab handsome sahaja, korang sakit hati tak?

Tetapi yang sakit hatinya bila aku capai satu perkara atau berjaya, orang hanya bercakap tentang muka aku. Sebab itu saya buat kenyataan untuk orang yang cakap aku berjaya disebabkab muka handsome aku panggil dia katak.

Bukan aku cakap semua orang muka macam katak, jangan lurus bendul sangat. Tapi saya minta maaf sebab salah faham. Kalau tak suka aku tolong block.

Jojo berkongsi perkara itu menerusi sebuah hantaran video yang dimuat naik di TikTok miliknya.

Tahap IQ

Dalam hantaran sama, anak kelahiran Sarawak ini turut menyentuh tentang tahap kecerdasan minda (IQ) seseorang.

Tetapi berbeza dengan orang yang memiliki IQ tinggi, pasti mereka akan cakap mahu jadikan aku inspirasi. Hidup ini semua ada perspektif.

Terdahulu, menerusi satu video yang dikongsikan di entri sama, Jojo secara berseloroh menyamakan wajah lelaki kurang tampan dengan katak.

Orang selalu cakap saya famous sebab saya handsome, bab* bukan salah aku muka kau tak handsome. Bukan salah aku muka kau macam katak.

Sumber: TikTok