berita

Jom Bantu Saudara Seislam Kita Ramadan Ini Dengan Menyumbang Melalui Aman Palestin

April 17th, 2023 | by Nurul
Kini Trending

Bulan Ramadan ni sememangnya bulan yang mulia dan ditunggu-tunggu buat semua yang beragama Islam. Bulan ini mengajar kita tentang sabar, bertolak ansur dan saling memberi kepada yang memerlukan.

Saban tahun kita menyambut bulan Ramadan, begitu juga saudara seislam kita di Palestin, Syria dan Yaman. Namun berbeza dengan kita, mereka menyambutnya dalam keadaan serba kekurangan dengan tiada sumber untuk berbuka dan bersahur, dan lebih menyedihkan kebanyakan mereka adalah dari anak-anak kecil dan ibu tunggal.

Sejak tragedi berdarah Al-Quds yang menimpa Palestin pada akhir Ramadan Mei tahun 2021, lebih 1000 keluarga terjejas dengan kehilangan tempat tinggal dan ahli keluarga, sekaligus mengalami kesukaran untuk membeli makanan asas disebabkan faktor kemiskinan melampau.

Di Syria pula, berikutan tekanan kos kehidupan yang amat tinggi, rata-rata daripada pelarian terputus bekalan makanan sehingga tidak mampu membeli sebiji epal pun.

Di Palestin sahaja, terdapat lebih 1 juta penduduk yang dilaporkan sebagai miskin tegar. Di Yaman pula, 24 juta penduduk mengalami kebuluran paling teruk dalam sejarah 100 tahun. Kedua-dua laporan dicatatkan oleh Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu pada tahun 2020 dan 2021.

Justeru, Aman Palestin Berhad tampil dengan Kempen Ramadan Bersamamu Palestin, Syria dan Yaman dengan memberi fokus bantuan dan keperluan harian kepada rakyat Palestin, Syria dan Yaman yang serba kekurangan dalam menjalani ibadah dalam bulan Ramadan.

Ini antara jenis bantuan kemanusiaan yang dijalankan:

  1. Perubatan dan rawatan diberikan secara percuma buat pelarian dan masyarakat setempat agar kesihatan mereka terjaga dengan lebih sihat. 
  2. Tajaan iftar dan dan solat tarawih berjamaah bersama fakir miskin serta pelarian. Hal ini dapat menerbitkan rasa gembira dalam jiwa mereka kerana rezeki yang dikongsi bersama itu lebih berkat. 
  3. Agihan baju raya kepada untuk memastikan mereka dapat merasai kemeriahan suasana Ramadan dan dapat membuat persiapan sebelum menyambut Hari Raya. 
  4. Agihan Bakul Ramadan kepada keluarga fakir miskin & pelarian yang mana di dalamnya terdapat makanan asasi seperti beras, gandum, minyak, gula, kacang pis dan kurma.  
  5. Pelaksanaan Akikah Ramadan untuk fakir miskin.

Dalam pada itu, Aman Palestin juga merupakan sebuah organisasi yang telah terbukti kredibilitinya dalam menyampaikan sumbangan orang ramai dengan beberapa pencapaian membanggakan seperti dalam Misi Ramadan Bersamamu di Yaman yang telah dijalankan baru-baru ini.

1. Jumlah sumbangan yang diagihkan semasa misi adalah sebanyak 100,560 USD.

2. Pihak Aman Palestin telah berjaya menyumbangkan sebanyak 20,000 USD untuk perubatan.

3. Majlis berbuka puasa bersama 400 orang penduduk fakir miskin serta pelarian di Kem Kuwait, 400 orang pelarian di Masjid Komuniti Al Khair dan Kem Mattar, 100 orang anak yatim pelarian di Rumah Anak Yatim Al-Sahn, 500 orang fakir miskin di Bandar Tarim serta bersama 400 orang fakir miskin di Kem Thirba al-Mugatu’.

4. Agihan baju raya berjaya diagihkan kepada 360 buah keluarga di Kem Al-Wadi dan agihan pakaian raya untuk 200 anak yatim fakir miskin di Seiyun. 

5. Agihan Bakul Ramadan kepada 400 keluarga pelarian di Kem Al-Raudah, 400 orang keluarga pelarian di Kem Aman Palestin dan sekitarnya serta agihan Bakul Ramadan kepada 400 keluarga fakir miskin di kawasan Althirb. 

6. Akikah 4 ekor kambing di bulan Ramadan Al-Mubarak yang dilaksanakan di Pusat Penyembelihan Human Access. Daging akikah akan diagihkan kepada 16 keluarga fakir miskin di Wadi Hadhramawt.

Mari kita sama-sama menyumbang & bersama raikan Ramadan ini dengan penuh rasa tawaduk.

Di sebalik penderitaan yang dihadapi mereka di Palestin, Syria dan Yaman, adakah kita hanya mampu melihat sahaja? Jadi, di bulan baik ini, jom kita sama-sama menghulurkan bantuan sambil meringankan beban saudara seislam kita di sana yang tidak berkemampuan.

Pembaca boleh menyumbang mengikut senarai pakej bantuan yang disediakan seperti berikut:

  • Bakul Ramadan – RM200
  • Hadiah Raya – RM150
  • Dana Pembinaan Masjid Sheikh Khalil – RM100
  • Tajaan Iftar – RM50
  • Tabung Ramadan Bersamamu – RM10

Sumbangan boleh dibuat melalui laman web Aman Palestin di sini.

Tak kisahlah berapa pun jumlahnya, asalkan saudara seislam kita di sana sama-sama dapat merasai keriangan dan kegembiraan dalam menyambut bulan Ramadan dan Syawal ini.

Semoga setiap amalan kita diberkati, disamping dapat mengukir senyuman buat mereka di sana.

Dalam memastikan aktiviti bantuan kemanusiaan berjalan lancar sekaligus hubungan diplomatik antara dua negara sentiasa terjalin, Aman Palestin juga menjalinkan hubungan yang erat dengan Ma’rib dengan melakukan kunjungan ke atas Timbalan Gabenor Ma’rib, Dr. Abdulrabh Ali Meftah yang berkongsi tentang keadaan semasa di Yaman, khususnya di Ma’rib dan membincangkan enam keperluan penting di Ma’rib iaitu tempat tinggal, kesihatan, air kegunaan harian, keperluan makanan asas, pendidikan dan air untuk diminum. 

Pihak Aman Palestin juga turut melakukan kunjungan hormat ke atas pejabat penyelaras kem-kem pelarian Ma’rib dengan sesi pertemuan bersama Timbalan Pengurus Besarnya, Dr Khaled Alshajani yang baru sahaja selesai PhD dalam jurusan Ekonomi daripada salah sebuah Universiti di Sudan.

Pertemuan tersebut berfokuskan kepada pembangunan kemahiran dan kepakaran pemuda pemudi yang terdiri daripada 35-40% pelarian dan penduduk yang berada di Ma’rib. 

Dengan sedikit ruang yang diberikan kepada team misi Aman Palestin untuk menziarah dan menyantuni pelarian-pelarian serta warga kem di sana, sedikit sebanyak dapat memberi pendedahan kepada kita semua untuk mengetahui tentang keperitan dan kesusahan yang dihadapi oleh mereka, sekaligus membuatkan kita bersyukur untuk nikmat hidup dalam negara yang aman makmur.

SKIP THIS AD ×