Sejak Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, kita dah tak boleh rentas negeri. Bosan jugak bila hujung minggu tu terperuk je kat rumah. Anak-anak pun dah muka monyok sebab tak dibawa berjalan.
Haa..kami ada berita baik untuk orang-orang Negeri Sembilan ni! Bermula 1 hingga 30 Mei 2021 ni, korang boleh terokai pelbagai aktiviti dan lokasi menarik di Insta Fiesta, Bandar Sri Sendayan. Boleh bawak satu family!
Kalau korang nak tahu, Insta Fiesta ni bukan sahaja ada pelbagai aktiviti menarik, malah terdapat pelbagai dekorasi, persembahan budaya dan gerai-gerai makanan yang enak untuk korang sekeluarga nikmati!
Ini antara aktiviti-aktiviti di Insta Fiesta..
1. Fur-everland
Tarikh: 1 – 2, 8 – 9, 15 – 16 Mei 2021
Masa: 6:00 pm – 10:00 pm
Tempat: Clover, Resort Residence

[IMAGE AS APLACEHOLDER]
Siapa kata tak boleh travel ke luar negara? Di Fur-everland nanti, korang akan merasa seperti berada di luar negara dengan dekorasi dan lampu-lampu ala-ala Europe. Bolehlah feeling-feeling bercuti!
Kat sana juga, turut disediakan permainan dan makanan ringan.
Klik sini untuk RSVP.
2. Teddy Bear House
Tarikh: 1 – 30 Mei 2021
Masa: 10:00 am – 6:00 pm
Tempat: Crisantha Resort Homes
Kalau tadi, korang hanya boleh tengok display teddy bear je kan? Haa..di Teddy Bear House ni, korang boleh kunjungi rumah keluarga teddy bear iaitu ‘Romeo Home Sweet Home’!
Ada mak teddy bear tengah masak, anak teddy bear tengah main kad dan macam-macam lagilah aktiviti keluarga mereka. Comel gila! Memang bergambar sakanlah korang. Instagram spot sangat!
Klik sini untuk RSVP.
3. Retro Raya
Tarikh: 22 – 23, 29 – 30 Mei 2021
Masa: 10:00 am – 3:00 pm
Tempat: Tiara Sendayan
[IMAGE AS A PLACEHOLDER]
Haa..dah puas bergambar dan upload di sosial media masing-masing, apa kata korang ke Retro Raya pulak! Kat sini, bukan je ada dekorasi raya yang ala-ala rumah terbuka, malah ada persembahan gamelan dan angklung juga.
Di ruangan kanak-kanak pula, ada pelbagai permainan tradisional dan moden yang anak-anak korang boleh sertai seperti Chapteh, Congkak, Hopscotch, Pertandingan Beyblade dan Mencanting Batik.
Selain itu, terdapat juga Raya DIY Arts dan Sudut Kraf yang bagus untuk kita semua pelajari.
Perut pun dah lapar, apa kata singgah makan dulu di gerai-gerai makanan. Ada makanan tradisi hari raya juga seperti sate, ketupat, kuih raya, lemang, nasi briyani, nasi hujan panas, ayam masak merah, rendang ayam dan banyak lagi yang lazat-lazat semuanya!
Klik sini untuk RSVP.
4. Ice Cream & Neon Dreams
Tarikh: 22 – 23, 29 – 30 Mei 2021
Masa: 6:00 pm – 10:00 pm
Tempat: Ervina Ara Sendayan

Kredit: South China Morning Post
Dah kenyang makan tu, mestilah nak cari pencuci mulut pulak kan? Haa..jomlah ke Ice Cream House! Di sini, terdapat lebih daripada 60 jenis ais krim tau. Yummy!
Sambil-sambil makan ais krim tu, bolehlah tengok dekorasi bertemakan neon dan layan live band. Lepas tu, jangan lupa join Ice Cream Tastemaster Challenge untuk berpeluang memenangi hadiah-hadiah menarik!
Klik sini untuk RSVP.
Apa tunggu lagi guys, jom ajak keluarga dan kawan-kawan untuk bersuka ria dan merasai pengalaman menarik di Insta Fiesta!
Oh ya, jangan lupa RSVP dulu tau. Jumpa di sana!
Korang boleh RSVP di bawah ni:
Untuk maklumat lanjut, kornag boleh layari laman Facebook mereka di sini.
#InstaFiesta #MatrixConcepts