berita

Jom Bawa Satu Keluarga Korang Ke Sunway Velocity Mall Untuk Minions: The Rise of Gru Pada Cuti Sekolah Ini. Mesti Best!

June 4th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Yayy…cuti sekolah dah mula, mesti anak-anak akan bertanya kat ibu bapa untuk bawa mereka berjalan-jalan meluangkan masa bersama kan?

Biasalah ibu bapa kan sentiasa sibuk dengan pekerjaan mereka, sudah semestinya anak-anak akan berharap untuk dibawa berjalan-jalan melakukan sesuatu yang menarik. Jadi untuk ibu bapa yang tak tahu nak bawa anak-anak ke mana tu, boleh lah ke Sunway Velocity Mall. Ada apa kat sana?

Haa…kalau nak tau Sunway Velocity Mall ada menganjurkan satu kempen sempena cuti sekolah iaitu, Minions: The Rise of Gru tau. Banyak aktiviti yang menarik kat sana mesti anak-anak akan suka!

Jom kita tengok apa aktiviti yang menarik mereka tawarkan untuk korang.

Apa? Minions kembali lagi, Ba-ba-ba-banana!

Bagi korang yang tak tahu Sunway Velocity Mall ada menganjurkan satu kempen cuti sekolah yang sangat menarik iaitu Minions: The Rise of Gru di Main Atrium, Ground Floor sempena cuti sekolah ni.

Siapa jer yang tak suka Minions kan? Jadi tunggu apa lagi cepat bawa anak-anak korang jumpa Minions dan alami pelbagai keseronokan bersama.

Bukan setakat itu jer, mereka juga telah menyediakan foto booth Minions untuk semua orang bergambar bersama, sangat Insta-worthy kan. Jom kita teroka dunia Minions bersama yang tersayang semasa korang berada di Sunway Velocity Mall.

Korang tahu tak yang korang berpeluang memenangi beg galas Minions yang eksklusif, hanya perlu mengambil gambar bersama Minions di Main Atrium jer tau. Menarik kan!

Berikut merupakan cara untuk korang menyertai peraduan ini :

Langkah 1: Ikuti halaman Facebook & Instagram Sunway Velocity Mall

Langkah 2: Lawati Main Atrium, Ground Floor, Sunway Velocity Mall

Langkah 3: Bergambar bersama Minions, post kan di laman sosial korang berserta tag @sunwayvelocitymall dan hastag #SVMxMinions

Sebanyak 20 pemenang akan dipilih di penghujung kempen cuti sekolah Minions: The Rise of Gru, jadi tunggu apa lagi jangan lepas kan peluang yang luar biasa ini tau.

Banyak aktiviti yang menarik untuk kanak-kanak

Inilah masanya untuk korang sebagai ibu bapa untuk lakukan aktiviti dengan anak-anak untuk meluangkan masa bersama mereka, menambahkan kemesraan dan sekaligus dapat menguatkan hubungan kekeluargaan.

Korang semua boleh meluangkan masa untuk menyertai pelbagai aktiviti yang menarik bersama yang tersayang seperti Meet & Greet dengan Minions, Pertandingan Mewarna Minions: The Rise of Gru, Minions Tea Party dan Minions Pet Rock Craft. Wow!

Untuk memastikan anak-anak korang mengisi masa terluang mereka pada cuti sekolah ini, korang boleh lah daftarkan mereka untuk menyertai aktiviti Minions yang sangat menyeronokkan, mesti mereka akan suka.

Bagi kanak-kanak berumur sehingga 12 tahun, pastikan korang daftarkan mereka sebagai ahli VeloKiddie supaya korang boleh membuat pra pendaftaran mereka untuk aktiviti seperti ini:

Minions: The Rise of Gru Pertandingan Mewarna

Macam yang kita tahu, mewarna merupakan aktiviti kegemaran si manja. Dengan berbekalkan pensil warna dan pelbagai lagi alat mewarna yang lain akan menjadikan mereka lebih semangat dan gembira melakukan aktiviti ini tau.

Untuk tahu lebih banyak berkenaan pertandingan mewarna ni, korang boleh klik sini. Jadi tunggu apa lagi, cepat klik sini untuk membuat pra pendaftaran sekarang.

Minions Pet Rock Craft

Untuk tahu lebih banyak berkenaan pertandingan Minions Pet Rock Craft ni, korang boleh klik sini. Cepat klik sini untuk membuat pra pendaftaran sekarang.

Minions Tea Party

Untuk tahu lebih banyak berkenaan Tea Party ni, korang boleh klik sini. Jom klik sini untuk membuat pra pendaftaran sekarang.

Takut terlepas aktiviti yang menarik ini? Jangan risau korang boleh semak jadual yang disediakan untuk mengetahui tarikh-tarikh yang penting supaya korang boleh singgah ke Sunway Velocity Mall untuk menyertainya.

Siap boleh dapat beg tote Minions: The Rise of Gru eksklusif lagi tau!

Korang jangan lupa tebus beg tote Minions: The Rise of Gru edisi terhad apabila korang berbelanja di beberapa outlet peniaga yang mengambil bahagian dalam VeloKiddie!

Untuk mendapatkan beg tote ini, korang kena berbelanja sehingga RM200 dalam dua resit di peniaga VeloKiddie seperti berikut:

  • An Viet
  • Bath and Kids
  • Chic & Co
  • City Milk
  • Claire Organics
  • Dayone Dayone Noodles
  • D’Special Day Décor
  • Focus Point
  • Frost n Bites
  • Hotpot Kitchen
  • Ippudo
  • Juicy
  • Kenny Rogers Roasters
  • KidzB
  • Mothercare
  • OSIM Malaysia
  • PONEY
  • Salad Atelier
  • Simple Life
  • Top Secret Studio
  • Wenawave
  • Young Hearts

Mesti ibu bapa dah tak sabar nak bawa anak-anak korang ke kempen cuti sekolah Minions: The Rise of Gru ni kan?

Tunggu apa lagi, cepat bawa anak-anak korang ke Sunway Velocity Mall sekarang tau. Untuk maklumat lanjut mengenai kempen cuti sekolah ini, korang boleh klik sini atau ke laman Facebook mereka.

SKIP THIS AD ×