berita

Jom Beli-Belah Di Alamanda & Nikmati Ganjaran Bernilai Sehingga RM1000!

June 19th, 2020 | by Nurul
Shout Out!

Bestnya Shopping Kat Sini! Butik-Butik Yang Ada Pun Sesuai Untuk ...

Best kan kalau dapat shopping sesuka hati tanpa keluarkan duit satu sen pun? Hmm..berangan jelah nak dapat macam tu. Eh, siapa cakap?

Korang tahu tak, Kumpulan Suria KLCC ada menganjurkan kempen Tiket Emas yang menawarkan ganjaran iaitu baucar beli-belah sehingga RM1000 setiap hari di Alamanda Shopping Centre! Wow, macam mana nak dapatkan tu?!

Semua orang bakal mendapat ganjaran!

Menurut Andrew Brien, Ketua Pegawai Eksekutif Suria KLCC Sdn Bhd, “Selain mencipta kelainan, kempen Tiket Emas ini juga adalah sebagai tanda terima kasih kami kepada pelanggan setia yang selama ini menyokong kami. Secara tak langsung, kami juga berharap kempen ini dapat meningkatkan pengalaman membeli belah untuk para pelanggan kami”, katanya.

Hanya berbelanja di Alamanda dan nikmati ganjaran hebat..

Booth Tiket Emas di Centre Court, Alamanda Shopping Centre

  • Berbelanja minimum RM300 di Alamanda Shopping Centre dalam dua resit di mana-mana kedai yang terlibat
  • Hantarkan resit korang ke kaunter pertanyaan pada hari yang sama untuk pengesahan
  • Sekiranya layak, korang akan diberikan pilihan untuk memilih beberapa beg bertuah berisi sampul mengandungi Tiket Emas atau Tiket Ungu

Beg bertuah yang mengandungi Tiket Emas atau Tiket Ungu

Sekiranya korang memenangi:

  • Tiket Emas – Korang akan memenangi baucar membeli-belah bernilai RM1,000!
  • Tiket Ungu – Korang akan memenangi baucar membeli-belah bernilai RM50!

Mudah je kan? Untuk pengetahuan korang, kempen Tiket Emas ini akan berlangsung dari 19 Jun 2020 hingga 19 Julai 2020 dan terhad kepada 101 pembeli sahaja setiap hari tau!

Pemenang Tiket Ungu

Bukan itu je! Kalau korang jadi pemenang Tiket Emas, gambar korang juga akan diabadikan di Wall of Winners di Center Court, Alamanda Shopping Centre sebagai penghargaan atas penyertaan korang! Pemenang juga akan ditemu-ramah dan berpeluang muncul di platform media sosial Kumpulan Suria KLCC. Wah!

Wall of Winners

Yang lebih menarik, Kumpulan Suria KLCC juga menawarkan dua lagi baucar beli-belah bernilai RM5,000 pada setiap hujung minggu, Sabtu dan Ahad sepanjang tempoh kempen ini berterusan. Bestnya!

Jom shopping di Alamanda!

Jadi, apa tunggu lagi? Jangan lepaskan peluang keemasan ni, guys! Mana tahu rezeki korang untuk bawa menang Tiket Emas dan bawa pulang pulang baucar beli-belah lumayan dari Alamanda Shopping Centre ni. Boleh kongsi rezeki belanja keluarga tersayang shopping!

Haa..tapi admin nak pesan ni, pastikan korang sentiasa amalkan penjarakan sosial dan sentiasa ambil langkah berjaga-jaga dengan mematuhi SOP yang ditetapkan.

Kaunter pertanyaan di Centre Court, Alamanda Putrajaya

Untuk memastikan keselamatan dan kesihatan pelanggan, Alamanda Shopping Centre juga telah mengambil langkah pencegahan seperti menyediakan cecair pencuci tangan di beberapa lokasi strategik, melakukan pemeriksaan suhu badan setiap hari ke atas semua pengunjung dan pekerja, meningkatkan kekerapan pembersihan di setiap sudut pusat membeli belah dan mempraktikkan penjarakan sosial sejauh 2 meter.

Pekerja sedang menyahkuman booth kempen Golden Ticket

Jadi, lepas ni korang dah tak payah risau dan bolehlah shopping dengan selesa dan selamat!

Untuk maklumat lanjut, korang boleh membuat pertanyaan di kaunter pertanyaan atau layari laman web Alamanda Shopping Centre

SKIP THIS AD ×