berita

Jom Bergelak Ketawa Dengan Bintang Mencari Bintang Raya!

August 16th, 2013 | by Ai
Kini Trending

BMB Raya 4

Bulan Jun lalu program realiti Bintang Mencari Bintang (BMB) baru sahaja melabuhkan tirai musim pertamanya dengan menobatkan anak didik pelawak terkenal, Harun Salim Bachik iaitu Achey sebagai juara.

Justeru itu, bagi mengetengahkan lagi bakat para peserta program tersebut, pihak TV3 bakal menampilkan sebuah program istimewa sempena Hari Raya Aidilfitri ini yang dikenali sebagai Bintang Mencari Bintang Raya.

Melalui program ini, para peserta BMB musim pertama akan menampilkan pelbagai sketsa menarik serta nyanyian lagu-lagu Hari Raya.

Antara sketsa-sketsa yang bakal ditampilkan adalah berjudul Sejuknya London, Hangat-hangat Tahi Ayam, Sewaktu Aku Seorang Peon serta Rumah Terbuka Melodi Raya.

BMB Raya

Sedutan sketsa Bintang Mencari Bintang Raya

Terdapat pelbagai adegan mencuit hati bakal ditampilkan menerusi sketsa-sketsa tersebut dan kesemuanya bakal dipersembahkan oleh para peserta Bintang Mencari Bintang musim pertama.

Untuk semua peminat rancangan BMB, jangan lepaskan peluang untuk bergelak ketawa dengan mereka malam ini, tepat jam 9.00 malam, hanya di TV3.

Berikut OHBULAN! selitkan juga beberapa foto menarik sekitar rakaman Bintang Mencari Bintang Raya untuk tatapan anda semua.

SKIP THIS AD ×