berita

Jom Buat Trip Sempena Tahun Melawat Sekinchan 2023, Sekarang Dah Jadi Kampung Tanpa Tunai!

February 9th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Ramai ambil peluang meluangkan masa bersama keluarga di hujung minggu. Ini la masa sesuai untuk family bonding. Tak tahu nak pergi mana pada hujung minggu? Kami rekomen korang ke Sekinchan yang terletak di Sabak Bernam, Selangor.

Sebut je Sekinchan, mesti dah terfikir keindahan sawah padi. Suasana kampung yang harmoni, seafood yang sedap dan view cantik jadikannya pilihan tepat untuk weekend getaway atau escape hujung minggu.

Kalau pergi Sekinchan sekarang, korang akan terkejut. Sekinchan sekarang dah tak macam dulu tau. Nak tahu apa sebabnya?

Sekinchan dijadikan kampung tanpa tunai pertama di Malaysia oleh Hong Leong Bank

Selepas kejayaan inisiatif Projek Kampung CashlessHong Leong Bank Bhd (HLB) dengan kerjasama Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet) yang menjadikan Sekinchan kampung tanpa tunai pertama di Malaysia. Sekinchan kini sedia menerima kunjungan lebih ramai pelawat dengan pelancaran Tahun Melawat Sekinchan 2023. Segala pembayaran lebih cepat dan mudah!

Kempen Visit Sekinchan 2023 telah dilancarkan oleh Yang Berhormat Ng Suee Lim, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sekinchan; Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB; dan Farhan Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet di Sekolah Menengah Jenis Kebangsaan (SMJK) Yoke Kuan.

Meskipun Sekinchan dah jadi salah satu tempat menarik, dengan penawaran kemudahan pembayaran digital, popularitinya dijangka terus meningkat. Sekinchan boleh jadi destinasi percutian lengkap untuk penduduk tempatan dan asing.

-Yang Berhormat Ng Suee Lim, ADUN Sekinchan-

HLB dengan prihatin telah membantu seramai 24,000 penduduk dan perniagaan di Sekinchan untuk membuka akaun bank, mengeluarkan kad debit dan berhubung dengan bank secara digital. Paling best, mereka tak perlu pergi ke cawangan bank sekalipun.

Selain menyediakan alatan dan perkakasan digital, pihak HLB sedia membantu komuniti Sekinchan memahami selok-belok teknologi serta membantu mereka merealisasikan potensi yang ada dengan pilihan pembayaran digital dan tanpa tunai dalam aplikasi HLB Connect kami.

-Domenic Fuda, Pengarah Urusan Kumpulan dan Ketua Pegawai Eksekutif HLB-

Selain tu, HLB menyediakan 800 perniagaan dengan kit permulaan HLB DuitNow kepada komuniti perniagaan termasuk sekolah secara berperingkat. Kit tersebut merangkumi Kod QR DuitNow. Bagusnya!

Nak bayar di Sekinchan? Imbas kod QR je!

Dah nama pun jalan-jalan, mesti ada berbelanja lebih. Pergi Sekinchan nanti, korang tak perlu risau cari mesin ATM kalau tiada wang tunai di tangan. Semua tempat menarik di Sekinchan akan ada kod QR. Senang la guys!

Kini segala perniagaan di Sekinchan boleh terima pembayaran QR tanpa sentuh menerusi aplikasi perbankan mudah alih dan e-Dompet, termasuk pembayaran dengan QR serta kad melalui Terminal Pembayaran Semua-dalam-Satu. Yay!

Jom main game Pencarian Harta Karun dengan SekinGo di Sekinchan!

Nak buat aktiviti menarik di Sekinchan? Jom main game Pencarian Harta Karun dengan SekinGo. Seronok tau game ni. Korang boleh enjoy sepuasnya dengan pergi ke 20 tempat menarik di Sekinchan. Banyak tu!

Antara lokasi menarik di Sekinchan, atau SekinStops yang korang akan pergi ialah Wishing Tree, Mango King, Pasar Awam Sekinchan, Ah Ma House dan banyak lagi. Seronok la korang berjalan di Sekinchan nanti!

Di setiap SekinStop, korang boleh dapat SekinCoins dengan mengimbas kod QR. Paling menarik, korang berpeluang memenangi hadiah bernilai sehingga RM15,000. Game ni akan berlangsung sehingga 30 April 2023.

Nak mulakan game Pencarian Harta Karun dengan SekinGo di Sekinchan? Korang boleh klik SINI ya.

Betul la Sekinchan dah tak macam dulu. Sekarang dah jadi kampung moden! So, tunggu apa lagi guys? Jom buat trip ke Sekinchan. Ajak keluarga dan member korang sekali. Pergi ramai-ramai la baru best!

Buat korang yang nak info lanjut tentang HLB, korang boleh terus ke laman web di https://www.visitsekinchan.com/sekingo/.

Jom tengok video menarik di bawah. Lihat betapa seronoknya ke Sekinchan sekarang!

SKIP THIS AD ×