Masa bersama keluarga adalah penting untuk kita raikan terutamanya bila tiba musim perayaan yang ada. Selalunya akan ada aktiviti yang korang akan buat sama-sama. Tapi korang nak tak sambut bersama keluarga dengan benda yang lagi best?
Ha…kalau korang nak tahu, KitKat® Nestlé telah melancarkan kempen “Share The Love, Share The Golden Break” sempena sambutan Tahun Baru Cina! Jom tengok apa yang menarik!
Kongsi detik bersama keluarga & orang tersayang dengan KitKat®
KitKat® Gold tampil dengan pembungkusan edisi terhad mereka sempena sambutan tahun baharu dan juga Tahun Baru Cina 2023 ini. Macam yang korang tahu, musim perayaan dan cuti ni jelah masa untuk korang semua berkumpul bersama keluarga.
Dengan KitKat® Gold ni memang sesuai sangat lah untuk korang nak nikmatinya bersama orang tersayang.
Tampil dengan warna merah, gold & rasa coklat yang lazat, memang sesuai untuk korang nikmati bersama!
KitKat® Gold ini hadir dengan bungkusan warna merah dan emas yang melambangkan tuah dan kemakmuran. Rasanya pula tak payah cakap lah, memang sedap dan lazat.
Dengan gabungan wafer yang rangup, disaluti dengan susu serta coklat dan dipadankan pula dengan perisa karamel, memang perfect betul wehhh!
Siap boleh hadiahkan dekat keluarga atau rakan-rakan korang tau!
Selain KitKat® Gold, korang juga boleh hadiahkan KitKat Bunny Tin kepada ahli keluarga dan rakan-rakan sebagai hadiah ketika berkunjung ke rumah mereka.
Lagipun, tahun 2023 merupakan tahun arnab jadi, KitKat Bunny Tin CNY ni memang kena sangat jika korang jadikan sebagai cenderahati dan hadiah buat insan tersayang. Just nice and relevan sempena sambutan Tahun Baru Cina kali ini.
Bagi penggemar KitKat®, korang boleh hadiahkan mereka KitKat Celebreak Pack! Pek hadiah yang datang dengan pelbagai jenis beberapa KitKat® terlaris.
Bukan itu je, korang juga boleh pilih untuk hadiahkan KitKat ® Minis Pek 9g yang di datangkan bersama-sama travel pouch comel. Ada tiga design menarik yang boleh dipilih tapi untuk dapatkan travel pouch ni korang kena buat pembelian 2 pek KitKat ® Minis 9g.
Bukan itu je, korang juga berpeluang untuk menangi hadiah lebih RM350,000 dengan peraduan KitKat®!
Alang-alang dah seronok sambut perayaan tu, apa kata korang join contest KitKat® Win Gold bermula 27 Disember 2022 hingga 20 Februari 2023.
Bukan saja boleh menang hadiah bernilai lebih dari RM350,000++, malah korang juga berpeluang untuk menang jongkong emas tau! Antara pemenang akan dipilih seperti berikut:
- 1 x Pemenang mingguan hadiah utama: Jongkong Emas 4-Jejari KitKat® bernilai RM16,500 setiap satu
- 1 x Pemenang mingguan hadiah pertama: Jongkong Emas 2-Jejari KitKat® bernilai RM8,500 setiap satu
- 3 x Pemenang mingguan hadiah istimewa: RM888
- 88x pemenang mingguan Hadiah mingguan: RM188
Macam mana nak join? Korang hanya perlu membeli produk KitKat® dengan jumlah minimum RM9 dalam satu resit kemudian, log masuk ke akaun Nestle dan hantar gambar resit korang kepada mereka. Senang kan!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh layari laman web KitKat® Nestle sekarang.