berita

Jom Check-In Kampung Bersama Media Prima Di 4 Lokasi Ini. Boleh Jumpa Syafiq Kyle, Aeril Zafrel!

May 15th, 2019 | by Shafika
Shout Out!

Setiap kali tiba musim perayaan, tidak sah rasanya kalau tak balik kampung. Bak kata orang apa guna raya kalau tak balik kampung, rasa macam tak lengkap raya tahun it. Betul tak? Sempena kempen ‘Setulus Ikhlas’ anjuran Rangkaian Televisyen Media Prima (MPTN), satu program telah diadakan bagi mengeratkan silaturrahim di musim ramadan ini.

Bersesuaian dengan tema kempen, program ‘Jom Check-in Kampung’ akan mendekati penonton setia di beberapa kawasan. Apa tunggu lagi, jom check-in!

Jom check-in kampung!

Program ini menggalakkan orang ramai untuk pulang ke kampung untuk merapatkan silaturrahim dan menjalin ukhwah yang lebih erat lagi di musim perayaan ini. Buat pengetahuan semua program Check-in Kampung akan berada di dua lokasi iaitu di Sungai Besar pada 19 Mei dan di Mukim Kesang, Tangkak pada 24 dan 25 Mei 2019.

Pelbagai aktiviti akan diadakan

Apa yang seronoknya, program jelajah ini turut disertai oleh barisan duta ‘Setulus Ikhlas’ iaitu Syafiq Kyle, Andi Bernadee, Sarah Suhairi, Wawa Zainal dan Aeril Zafrel. Sambil buat aktiviti kampung, boleh lah beramah mesra dengan artis kegemaran korang. 

Antara aktiviti yang bakal berlangsung adalah sesi gotong royong untuk berbuka puasa, moreh, ziarah sahur, solat terawikh, rakaman Tanyalah Ustaz, jualan makanan (food truck), sesi ramah mesra dengan artis Ramadan Raya MPTN dan tanggungjawab sosial korporat & khidmat masyarakat (CSR). Memang syok habis!

Check-in kampung bersama Skuad A


Bukan itu sahaja, pihak Samsung juga bakal membawa artis yang menjadi kegemaran ramai golongan remaja sepanjang Ramadan Raya menerusi Skuad-A iaitu Nabila Razali, Ismail Izzani dan Haqiem Rusli. Skuad ini akan bersama-sama menceriakan kawasan awam dan menjadikannya tempat yang boleh dikunjungi bersama keluarga dan kawan-kawan pada musim perayaan ini.

Jangan lepaskan peluang ini dan nantikan aktiviti menarik ini di bulan Mei di Melaka dan Kedah dengan mengikuti Skuad-A. Apa tunggu lagi, kalau korang nak fefeling beraya bersama artis, jom sama-sama memeriahkan program ‘Jom Check-in Kampung’ ini!

SKIP THIS AD ×