berita

Jom Check Out Foto Pemenang Peraduan #bffdalamcawan #kapalapiwhitecoffee! Kreatifnya!

January 8th, 2019 | by Bieha
Shout Out!

Macam yang korang tahu, baru-baru ni Kapal Api White Coffee ada anjurkan satu peraduan iaitu #bffdalamcawan #kapalapiwhitecoffee di mana peserta hanya perlu snap selfie bersama BFF diorang, sertakan kapsyen menarik dan muat naik gambar di Instagram diorang beserta hashtag #bffdalamcawan #kapalapiwhitecoffee. 

Memang ramai yang berebut-rebut hantar penyertaan dan semuanya kreatif belaka sampai pening kepala nak pilih pemenang. Mana taknya, boleh menangi percutian bersama BFF diorang ke Seoul bernilai RM10,000 kot! Siapa taknak kan?

Mesti korang dah tak sabar nak tahu siapa agaknya yang bertuah tu kan? Pemenangnya adalahhh…jeng..jeng..jeng..

Awesome gila gambar diorang..patutlah menang!

Haa..ini lah pemenang kita, tahniah Nur Maizatul Shima!! Tengoklah video dia dengan BFF dia ni, memang unik dan kreatif habis, patutlah menang! Untung diorang, dah lah dapat bercuti ke Seoul, di sponsor oleh Kapal Api White Coffee pulak tu. Ahhh..jelesnya!

Inspirasi video dari Hanis Zalikha?

Apabila ditanyakan kepada pemenang kita ni, apa cerita disebalik video tu dan mana lah dia dapat idea nak buat video pakai tshirt sama tu kan? Maizatul kata bila tengok iklan peraduan kopi Kapal Api White Coffee dari Hanis Zalikha tu ha terus rasa nak try sendiri air tu!

Lepas hirupan yang pertama, keenakan dan aroma yang memukau Kapal Api White Coffee tu, Maizatul dan BFFnya terus menghabiskan masa satu hari suntuk untuk plan video tu tau!

Memenangi peraduan ini merupakan memori terindah persahabatan kami!

Dengan idea variasi bersama, contoh seperti cabaran memakai baju bersaiz xxxxl, melukis wajah kami diatas cawan dan membancuh kopi kapal api bersama, memberi erti persahabatan #BFF yang cukup bermakna. Lagi-lagi Korea sememangnya destinasi yang dah lama mereka nak pergi bersama tau!

“Kami berjaya menjadi satu dan dapat menjayakan cabaran itu dengan mengakhiri video dengan menikmati kopi kapal api bersama sama dengan teman saya,lubna. Memori ini kami abadikan diantara detik yang paling indah apabila kami dinobatkan sebagai pemenang peraduan kopi kapal api white coffee.”

Mestilah bermakna, dapat peercutian idaman dengan BFF kot! Memang goals habis! Apa pun tahniah untuk korang. Usaha korang terbalas!

Peserta lain pun tak kurang hebatnya..Check this out!

Fuhh..memang saingan sengit ni. Patutlah susah nak pilih pemenang. Apa-apapun, tahniah diucapkan kepada pemenang #bffdalamcawan #kapalapiwhitecoffee. Selamat bercuti ke Seoul!