berita

Jom Countdown Sambil Berhibur Di ‘Hari Malaysia Countdown Unity Konsert’ Weekend Ini!

September 12th, 2018 | by Arini Saleh
Shout Out!

Bersempena dengan sambutan Hari Malaysia yang bakal tiba 16 September ini, Event@Kini telah menganjurkan Pesta Harapan Malaysia yang dipenuhi dengan pelbagai aktiviti menarik. Selain larian harapan, permainan eSport dan seminar eCommerce, anda juga boleh sertai Malaysia Day Countdown Unity Concert!

Ramai betul artis terkenal yang datang. Yang paling best, penyanyi no 1 negara Dato’ Sri Siti Nurhaliza pun ada buat penampilan khas. Tak sabar nak tengok!

Dihoskan oleh Kevin Jay & Papi Zak

Hari Malaysia Countdown Unity Konsert ini akan diadakan di Padang Timur, Petaling Jaya pada 15 September 2018. Pelbagai aktiviti menarik yang disediakan, jadi anda boleh datang seawal jam 5 petang untuk beriadah dan singgah di lebih 30 gerai.

Acara kemuncak iaitu konsert pula akan dimeriahkan dengan kemunculan lebih 20 artis terkenal tanah air. Confirm gempak dan happening kerana konsert ini dihoskan oleh dua pelawak terkenal Kevin Jay & Papi Zak.

Lebih 20 artis terkenal tanah air

Sementara nak countdown detik 12 malam Hari Malaysia & Larian Harapan, anda akan disajikan dengan persembahan barisan artis terkenal tanah air. Antaranya ialah, Jaclyn Victor, Bunkface, Estranged, Sufian Suhaimi, Soo Wincci, Couple, White Percussion Unit dan ramai lagi!

Wah barisan artis yang datang semuanya hebat-hebat belaka! Pasti ramai tak sabar nak tengok persembahan mereka ini kan?

Penampilan khas, Dato’ Sri Siti Nurhaliza!

Buat pengetahuan anda, penyanyi no 1 negara, Dato’ Sri Siti Nurhaliza turut hadir memberi sokongan di acara kemuncak ini. Bagi sesiapa yang mahu mendengar Siti perform secara live, jangan lepaskan peluang hadir ke Padang Timur PJ weekend nanti. Masuk adalah percuma!

Jom!

Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web Pesta Harapan Malaysia 2018 dan Facebook Pesta Harapan Malaysia. Jumpa di sana!

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×