Hari Bapa dah nak dekat, tapi korang masih tak tahu nak buat apa untuk ayah? Daripada belikan hadiah mahal, apa kata korang masak sendiri untuk gembirakan ayah, sebab kadang-kadang, air tangan anak-anak ni lah yang paling menyentuh hati.

Kami kumpulkan 5 resipi yang ringkas, sedap dan confirm boleh buat ayah korang tersenyum bangga. Tak perlu jadi chef profesional pun, janji ikhlas dari hati!

1. Ayam Bakar Madu

Resipi mudah untuk ayah yang gemar akan hidangan manis dengan rasa yang seimbang dan menyelerakan.

Kredit foto: Mom On Timeout

Bahan-bahan:

  • 4 ketul paha ayam
  • 2 sudu besar madu
  • 1 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu kecil paprika
  • 1 sudu kecil serbuk oregano
  • 3 ulas bawang putih (cincang)
  • Garam & lada hitam

Cara-cara:

  1. Gaulkan semua bahan bersama ayam dan perap sekurang-kurangnya 2 jam.
  2. Bakar dalam ketuhar pada 180°C selama 30-40 minit (terbalikkan ayam selepas 20 minit).
  3. Nak lagi sedap, sapu lagi sikit madu sebelum habis bakar!

2. Spaghetti Daging Cincang Sambal Hijau

Gabungan makanan barat dan citarasa Melayu. Bunyi macam pelik kan? Tapi sedap gila!

Kredit foto: Kimball Malaysia

Bahan-bahan:

  • 200g spaghetti (rebus & tos)
  • 200g daging cincang
  • 5 biji cili hijau
  • 1 biji bawang besar
  • 2 ulas bawang putih
  • 2 sudu besar minyak masak
  • Garam dan perasa

Cara-cara:

  1. Kisar cili, bawang dan bawang putih.
  2. Tumis bahan kisar sampai naik bau, masukkan daging cincang.
  3. Masak sampai kering sikit, gaul dengan spaghetti . Siap!

3. Sup Tulang Ala Mamak

Kalau ayah korang jenis suka makan hidangan berasaskan sup, ni resipi mudah tapi gerenti memikat selera!

Taste of Asian Food

Bahan-bahan:

  • 500g tulang lembu
  • 1 batang kayu manis, 3 biji bunga lawang
  • 1 biji bawang besar (hiris)
  • 4 ulas bawang putih (ketuk)
  • 1 sudu kecil lada hitam (tumbuk kasar)
  • Garam secukup rasa

Cara-cara:

  1. Rebus tulang dalam air mendidih selama 10 minit, buang air tu.
  2. Masukkan tulang dalam air baru bersama semua bahan lain.
  3. Rebus lagi selama 1.5–2 jam. Lagi lama, lagi sedap!

4. Sandwich Telur Hancur & Avokado

Simple tapi fancy! Sesuai untuk breakfast surprise!

Kredit foto: Food Network

Bahan-bahan:

  • 4 keping roti bakar
  • 2 biji telur
  • 1/2 biji avokado (lenyek)
  • 1 sudu kecil mentega
  • Lada sulah & garam

Cara-cara:

  1. Pukul telur dengan sedikit garam dan lada, goreng atas api perlahan dengan mentega (scrambled style).
  2. Sapu avokado atas roti, letak telur atasnya.
  3. Hias sikit dengan serbuk cili atau daun parsley.

5. Kek Kurma Oat Tanpa Gula Tambahan

Kek manis semula jadi, sesuai untuk para ayah yang nak jaga kesihatan.

Kredit foto: Vismai Food

Bahan-bahan:

  • 1 cawan kurma (rebus & lenyek)
  • 1 cawan susu rendah lemak
  • 2 biji telur
  • 1 cawan oat kisar
  • 1 sudu kecil serbuk penaik
  • 1/2 cawan minyak zaitun

Cara-cara:

  1. Gaul semua bahan sampai sebati.
  2. Tuang dalam loyang & bakar pada suhu 170°C selama 30-40 minit.
  3. Biarkan sejuk sebelum potong. Tekstur dia moist & lembut!

Selamat mencuba!

Haa.. Tahun ni korang tak payah pening dan. Cuba je lima resipi ni, confirm mudah dan sedap. Tak kisah la korang newbie ke, anak bongsu ke, asalkan ada niat nak gembirakan ayah, itu yang paling penting!