berita

Jom Dapatkan Chicken McNugget, Fries & Lain-Lain Secara Percuma Di McD Drive-Thru. Lebih Jimat Ikut Cara Ini!

July 28th, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Bulan ni terasa nak berjimat dengan lebih berbaloi la. Lagi best kalau dapat pesan makanan dan minuman favourite korang kan? Paling senang, kita drive-thru je la!

Biasanya orang drive-thru sebab rushing, nak makan di rumah atau berpiknik. Sama je macam pesan di kaunter, cuma tak payah turun dari kenderaan. Cepat dan mudah!

Tiba-tiba teringat McDonald’s yang memang terkenal dengan perkhidmatan cepat drive-thru. Kami yakin korang mesti salah seorang yang sukakan McD Drive-Thru kan? Kami ada berita menarik untuk korang!

Jom pergi McD Drive-Thru & beli 2 Set Nilai Hebat, ada promosi istimewa!

Guys! Ini la waktu terbaik untuk pesan di McD Drive-Thru. Sempena McD Drive-Thru Carnival yang diadakan bermula 1 Julai hingga 31 Ogos 2023, korang boleh nikmati banyak promosi dwi-mingguan dengan ganjaran eksklusif istimewa daripada McDonald’s. Yay!

Paling best, korang masih boleh berjimat dengan membeli Set Nilai Hebat dengan harga tawaran yang berbaloi. Seronoknya!

Ini antara promosi dwi-mingguan di McD Drive-Thru yang korang tak boleh lepaskan. Rugi kalau tak ambil promosi ni. Bukan selalu dapat!

29 Julai hingga 11 Ogos 2023

  • Big Mac (a la carte): RM9.99 (Harga Biasa: Rm13.15)
  • McChicken McValue Meal dan Sundae (Chocolate/Strawberry): Rm13 (Harga Biasa: RM16.30)

12 hingga 25 Ogos 2023

  • French Fries (Large): RM5 (Harga Biasa: RM7.15)
  • Double Cheeseburger McValue dan OREO McFlurry: RM17 (Harga Biasa: RM20.45)

Nak lagi jimat waktu lunch hour dan dinner? Apa lagi pakat dengan keluarga dan kawan korang. Serius berbaloi.

Ingat! Selepas tarikh tamat, promosi tak terpakai lagi. Tapi jangan risau! Korang boleh menikmati promosi dwi-mingguan untuk tarikh seterusnya ya.

Bayar guna VISA di McD Drive-Thru, boleh tebus 6-pcs Chicken McNuggets secara PERCUMA

Tak kira usia, semua orang pasti sukakan Chicken McNugget. Snek kegemaran ramai ni memang terlajak sedap dan lebih kick. Kerangupannya buatkan kita sekali cuba pasti nak lagi!

Tahu tak? Korang boleh dapatkan 6-pcs Chicken McNuggets di McDonald’s secara percuma tau. Hanya perlu buat pembelian 2 Set Nilai Hebat dengan menggunakan VISA di McD Drive-Thru. Benda free, siapa nak tolak?

Nak tahu apa yang lagi best? Ha…McD nak beri ganjaran iaitu 2x MyMcDRewards kalau korang mengimbas dengan menggunakan aplikasi McD dan membuat pesanan melalui Pesanan & Kumpul! Fuh! Menarik kan? Drive Thru korang pun akan jadi lebih mudah dan pantas! 

Jadi, korang jangan ketinggalan untuk mengumpul ganjaran ni tau sebab ia hanya tersedia dari hari Jumaat hingga Ahad sahaja.

PERCUMA Americano (s) atau Fries (s) – buat pembelian RM20 ke atas & pamerkan  sticker VIP anda di Drive Thru

Siapa kat sini ada sticker VIP McDonald’s? Wah, bertuah gila! Korang hanya perlu buat pembelian RM20 ke atas dan pamerkan  sticker VIP McDonald’s korang di McD Drive-Thru, dah boleh dapat PERCUMA Americano (s) atau Fries (s). Seronoknya!

Buat pengetahuan korang, PERCUMA Americano (s) hanya tersedia pada waktu sarapan dan Fries (s) pada waktu biasa.

McD Drive-Thru Carnival dah pun berlangsung sekarang. Ingat, promosi ni ditawarkan sehingga 31 Ogos 2023 dan hanya di McD Drive-Thru tau. Jangan sampai terlepas untuk dapatkan pelbagai promosi yang ada!

Jadi, apa tunggu lagi? Jom kita beramai-ramai ke McD Drive-Thru sekarang. Confirm meriah punya!

Nak info lebih lanjut tentang promosi terkini di McDonald’s? Korang boleh klik SINI.

SKIP THIS AD ×