berita

Jom Deposit Di RHB & Berpeluang Memenangi Hadiah Wang Tunai Bernilai RM38,888 Dan Siri HONOR Magic5!

August 9th, 2023 | by Nurul
Editorial Support

Berita baik untuk penggemar siri telefon pintar HONOR, dengan kerjasama RHB, korang kini berpeluang untuk memenangi HONOR Magic5 Pro yang dinobatkan sebagai Telefon Pintar Terbaik 2023 di Mobile World Congress!

Mesti korang dah tak sabar nak tahu macam mana caranya nak menang kan? Jom kami kongsikan!

Mudah je nak sertai, ikuti cara ni..

  1. Deposit sekurang-kurangnya RM500 ke dalam Akaun Semasa atau Simpanan/-i RHB.
  2. Dapatkan 1 penyertaan untuk setiap Baki Purata Bulanan Bertambah RM500 berbanding bulan sebelumnya menjelang 31 Disember 2023.

Senang je kan? Lebih banyak korang mendeposit, lebih tinggi peluang korang untuk memiliki Siri HONOR Magic5 yang sangat diidam-idamkan ni!

Bukan itu sahaja, berikut merupakan hadiah-hadiah lain untuk dimenangi:

3x Hadiah Utama

  • Wang tunai RM38,888
  • HONOR Magic5 Pro

10x Hadiah Bulanan

  • HONOR Magic5

250x Hadiah Bonus Bulanan

  • Bernilai RM88 (*Untuk melayakkan diri korang untuk Hadiah Bonus Bulanan, hanya perlu tingkatkan Baki Purata Bulanan korang sebanyak RM3,000 daripada bulan sebelumnya)

Bersedia terpegun dengan ciri-ciri luar biasa HONOR Magic5 Pro yang menjangkaui batas inovasi telefon pintar. Sebelum tu, jom kami kongsikan sebab-sebab kenapa korang kena memiliki HONOR Magic5 Pro ni!

1. Falcon Capture – Fotografi tiada tandingan

Tingkatkan kemahiran fotografi korang dengan revolusi teknologi Falcon Capture. Rakam setiap momen dengan pantas dan tepat tanpa terlepas detik-detik berharga. Serlahkan kreativiti dan realisasikan impian korang dengan HONOR Magic5 Pro.

2. Paparan Perlindungan Mata – Kecemerlangan Keselamatan Visual

Ucapkan selamat tinggal kepada keletihan mata dengan adanya Paparan Perlindungan Mata HONOR Magic5 Pro yang menjadi telefon pintar pertama untuk menerima Pensijilan Mesra Sirkadia TÜV Rheinland. Korang boleh terus nikmati visual menakjubkan dan warna terang tanpa menjejaskan mata dari sinaran cahaya biru.

3. Jangka Hayat Bateri 5100mAh Sepanjang Hari – Menepati Permintaan

Bateri telefon cepat habis? Haa..kini korang boleh jalani kehidupan seharian tanpa perlu bimbang tentang masalah kehabisan bateri. Ini kerana HONOR Magic5 Pro dikuasakan bateri besar 5100mAh yang membolehkan korang berhubung, berhibur dan menjadi produktif sepanjang hari. Alami penggunaan tanpa sebarang gangguan dengan Siri HONOR Magic5!

Jadi apa korang tunggu lagi? Depositkan wang ke dalam Akaun Semasa atau Simpanan RHB korang dari sekarang hingga 31 Disember 2023 untuk memaksimumkan peluang korang memenangi hadiah wang tunai yang lumayan sehingga RM38,888 dan Siri HONOR Magic5 yang terunggul. Bersedia untuk merasai teknologi masa depan dan nikmati telefon pintar yang tiada tandingan.

Untuk keterangan lanjut,sila layari laman web HONOR Malaysia dan laman web RHB hari ini di sini.  Tertakluk kepada terma dan syarat.

SKIP THIS AD ×