berita

Jom ‘Fit’ & Riadah Di Festival Kecergasan Terbesar Malaysia Watsons #GetActiveFest 2018

September 20th, 2018 | by Wan
Shout Out!

Jika tahun lalu penganjuran Watsons Move Your Body Zumba mendapat sambutan yang sangat menggalakkan daripada orang ramai, kali ini mereka tampil lagi dengan Watsons #GetActiveFest 2018. Seperti tahun-tahun sebelum ini, festival anjuran Watsons Malaysia pada tahun ini dijangka lebih meriah dan padat dengan aktiviti menarik sesuai untuk semua lapisan umur.

Korang semua dah ready belum? Jom!

Jom cergas!

Kalau korang nak tahu, jumlah peserta yang menyertai festival ini semakin bertambah setiap tahun. Tahun lalu dilaporkan seramai 6830 orang telah menyertai acara Move Your Body Zumba! Memang meriah habis!

Untuk festival kali ini, korang boleh sertai acara ‘Yoga in the Park’ yang akan bermula pada seawal jam 6 pagi sehingga 8 pagi. Pada sebelah malam pula, jangan lupa sertai acara kemuncak ‘Move Your Body Zumba’ pada pukul 7 petang sehingga 10 malam.

5 Zon menarik

Terdapat 5 zon berbeza pada festival kali ini iaitu Zon Aktif, Zon Kecergasan, Zon Bazaar, Zone Makan dan Zon Engagement. Setiap zon mempunya tarikan yang tersendiri sebagai contoh di Zon Kecergasan korang berpeluang mencuba melakukan aktiviti wall climbing.

Selain itu di zon ini juga turut disediakan taman permainan angin sesuai untuk orang dewasa dan kanak-kanak. Jangan lepaskan peluang untuk cuba menaiki belon udara panas dekat situ nanti tau! Belon udara panas akan beroperasi bermula dari 7.30 pagi hingga 10.30 pagi sahaja.

Lepak, beriadah & makan!

Korang tak perlu risau tentang makanan sepanjang berada di sana nanti sebab terdapat puluhan food truck dan gerai makanan yang sedap-sedap akan dibuka bagi memastikan perut korang sentiasa penuh! Juga disediakan kawasan riadah yang luas untuk pengunjung lepak bersama rakan-rakan dan keluarga.

Sebab itu kami cakap festival kali ini memang sesuai untuk seisi keluarga. Pelbagai bengkel menarik akan diadakan antaranya bengkel kesihatan, kecantikan dan bengkel untuk kanak-kanak.

Tunggu apa lagi? Jom sama-sama memeriahkan #GetActiveFest 2018 pada 27 Oktober nanti bertempat di Setia Alam Convention Centre Carpark Zone B. Tiket berharga RM30 boleh didapati di laman web Watsons. Dengan setiap pembelian tiket, korang akan dapat sehelai t-shirt, bag, gelang silikon, baucar Watsons bernilai RM10.

SKIP THIS AD ×