Tahu tak korang Malaysia ada banyak masjid unik dengan sejarah yang menarik?

Kalau korang rajin untuk explore banyak perkara yang korang akan dapat pelajari dan ‘temui’ di masjid-masjid ini tau.

Melalui program Siri Kembara Komuniti Masjid, Razaleigh Zain atau yang lebih korang kenali sebagai Raz mengajak kita menjelajahi berbagai masjid di Malaysia!

Beberapa masjid yang dikunjungi Raz antaranya adalah:

Melalui program Siri Kembara Komuniti Masjid, Razaleigh Zain atau yang lebih korang kenali sebagai Raz nak bawak kita semua jalan-jalan dan kenali keunikan serta sejarah tersendiri masjid-masjid yang ada di Malaysia.

Antara masjid yang sempat Raz singgah adalah:

Masjid Teluk Bahang, Pulau Pinang.

Masjid yang berusia 129 tahun ini adalah antara Masjid tertua di Pulau Pinang, ia dibangunkan diatas tanah wakaf berkeluasan 9 ekar.

Di sini mereka menyediakan kelas tambahan dalam misi memperkasakan pendidikan di kalangan anak-anak kariah.

Ada juga kelas mengaji bagi orang dewasa serta kanak-kanak dan kelas memasak yang boleh disertai warga setempat.

Haa.. Kalau nak rasa sendiri keunikan masjid yang kaya dengan sejarahnya yang tersendiri ini, kenalah singgah jika korang bercuti ke Pulau Pinang!

Masjid Rafeah Taman Uda, Alor Setar, Kedah.

Keunikan Masjid ini terletak kepada seni binanya yang dikelilingi kolam, membuatkan para jemaah berasa lebih selesa dan tenang.

Dibangunkan sekitar 80-an di atas tanah wakaf, masjid ini dibina berasaskan reka bentuk bunga raya dengan 13 belas kelopak mewakili 13 negeri pada ketika itu.

Bukan hanya sekadar tempat solat, tapi juga berfungsi sebagai “1-stop centre” buat pelbagai aktiviti terutamanya menuntut ilmu untuk komuniti setempat.

Kariah di sini juga serba prihatin, sentiasa memastikan hubungan dengan penduduk sekitar terjaga, sambil memastikan setiap jemaah yang datang merasa selesa dan dihargai.

Masjid As-Syakirin, Melaka.

Walaupun usianya sudah mencecah 169 tahun, Masjid As-Syakirin, Merlimau, Melaka masih kekal dengan seni bina purba Cina yang memukau, digabungkan dengan ukiran kayu kesenian Islam yang penuh nilai estetika.

Gabungan dua budaya ini menjadikan masjid ini salah satu yang paling unik di Malaysia – seakan sebuah mahakarya sejarah yang terus berdiri megah hingga kini.

Mempunyai cerita lagendanya yang tersendiri, tiang seri masjid ini dikatakan dibina oleh seorang wanita bernama nenek Aisyah. Sebelum pembinaan awal diteruskan dengan menggunakan campuran kapur, putih telur dan tanah liat.

Uniknya, beberapa peninggalan sejarah dari lebih 100 tahun yang lalu masih boleh dilihat di sini. Antaranya, tiang seri masjid yang masih dikekalkan dan dijadikan struktur pintu gerbang masjid.

Tonton Siri Kembara Komuniti Masjid di TV3

Nak tahu lebih banyak lokasi-lokasi Masjid unik di Malaysia? Jom tonton Siri Kembara Komuniti Masjid!

Siri Kembara Komuniti Masjid bersiaran di TV3 pada setiap  hari Selasa, jam 9.50 malam bermula 12 November!

Melalui program ini, korang akan dibawa ke pelbagai Masjid unik di seluruh Malaysia untuk mengetahui sejarah dan aktiviti yang dijalankan komuniti setempat bagi mengimarahkan Masjid tersebut.

Titipan Kasih menghargai golongan asnaf dan komuniti Masjid

Kredit foto: Harian Metro

Sebagai penghargaan dan tanda komited terhadap tanggungjawab sosial korporat dan memberi kembali kepada masyarakat, Mekdi serta Harian Metro giat menjalankan program Titipan Kasih demi membantu golongan asnaf dan komuniti Masjid.

Mekdi yang tidak pernah berhenti dalam memberi sumbangankepada komuniti serta menjalankan tanggungjawab kemasyarakatan, percaya bahawa usaha ini adalah perlu demi membantu mereka yang memerlukan sekaligus membina hubungan yang lebih kukuh bersama masyarakat serta pelanggan.

Ia bukan sahaja sekadar tanggungjawab sosial, tetapi juga menunjukkan komitmen  Mekdi untuk  saling memberi dan menyokong komuniti setempat, demi masa depan yang lebih harmoni.

Usaha ini dapat dilihat melalui Siri Kembara Komuniti Masjid, di mana melalui setiap episod mereka akan menyampaikan sumbangan buat golongan yang memerlukan.

Antara usaha yang dilakukan adalah, sumbangan ‘gerobok rezeki’ dan penyerahan sumbangan Titipan Kasih pada 50 asnaf di Masjid Rafeah Taman Uda.

Kredit foto: Harian Metro

Selain itu, mereka juga menyampaikan bantuan kotak rezeki kepada golongan asnaf dan pesakit kanser di masjid terpilih.

Langkah ini secara tidak langsung menggambarkan bagaimana Mekdi prihatin terhadap keperluan komuniti dengan memberikan sokongan kepada gologan yang memerlukan melalui pendekatan yang lebih peka dan menyeluruh.

Mekdi memastikan mereka dapat memberi manfaat kepada masyarakat di luar aspek perniagaan serta membina hubungan yang lebih bermakna dengan golongan yang kurang bernasib baik.

Ia adalah bukti kecil bahawa kepedulian terhadap komuniti merupakan sebahagian daripada nilai yang mereka junjung.

Usaha mereka untuk memberi semula kepada masyarakat membuktikan bahawa Mekdi adalah lebih daripada sekadar jenama, mereka adalah rakan komuniti yang sentiasa ada ketika diperlukan.

Kalau nak tahu dengan lebih lanjut, korang kenalah tonton sendiri Siri Kembara Komuniti Masjid di TV3 bermula, bermula 12 November pada jam 9.50 malam.

Tapi sebelum tengok siri penuh, apa kata korang tonton dulu video penuh Raz di TikTok OHBULAN!.

Siri Kembara Komuniti Masjid juga boleh ditonton melalui Youtube TV3 dan Harian Metro.