berita

Jom Ikuti Beberapa Tip Yang Boleh Menjimatkan Penggunaan Elektrik. Mesti Menjadi!

August 25th, 2022 | by Syamirul
Kini Trending

Cuaca di Malaysia memang tak menentu yang menyebabkan kita kerap menggunakan aircond atau kipas. Tambahan pula, kita sekarang bekerja secara hybrid, iaitu di pejabat dan juga di rumah. Jadi, kita akan menggunakan lebih tenaga elektrik daripada biasa.

Maka cara yang paling mudah ialah dengan memantau penggunaan tenaga elektrik harian korang. Mesti korang tertanya-tanya macam mana kan?

Jom kita tengok beberapa tip yang boleh diamalkan.

Tip jimat elektrik paling mudah dilakukan!

Korang jangan risau sebab kalau korang amalkan beberapa tip ini confirm boleh jimatkan penggunaan elektrik korang tu.

Antara tip penjimatan elektrik yang mudah dilakukan ialah :

1. Memastikan semua suis dimatikan apabila tidak digunakan

Cara paling mudah yang korang boleh amalkan ialah, mematikan suis peralatan yang tidak lagi digunakan. Sebagai contoh, kipas dan lampu dibiarkan terpasang di ruang tamu. Jadi, matikan suis kipas dan lampu sekiranya tiada orang di ruang tersebut bagi mengelakkan berlakunya pembaziran elektrik.

2. Mengehadkan penggunaan komputer riba dan waktu mengecasnya

Komputer riba merupakan satu keperluan yang sangat penting pada masa kini. Tanpa komputer riba, kerja seperti assignmentediting dan lain-lain pasti sukar untuk dilaksanakan.

Korang mesti selalu guna komputer riba sambil mengecas kan? Haa… Korang tau tak, tenaga elektrik masih digunakan walaupun komputer riba telah dicas penuh.

Apa yang korang boleh buat ialah, hadkan pengunaan komputer riba dan mengecas apabila perlu sahaja bagi mengelakkan berlakunya overcharging.

Bukan setakat itu je, korang juga boleh tetapkan masa dari melihat skrin. Contonya, berehat sebentar dan gunakan waktu itu untuk tutup komputer korang.

3. Sentiasa kawal penggunaan penyaman udara

Setiap rumah mesti ada penyaman udara kan? Sekarang kan musim panas mesti korang akan gunakannya dengan kerap, tapi ada cara  berkesan yang boleh membantu korang menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Jadi, korang boleh tetapkan penyaman udara pada suhu optimum 24°C. Korang boleh juga tutup pintu dan tingkap untuk pastikan ruang bilik cepat sejuk.

Selain itu, korang boleh juga gunakan alat pemasa untuk menutup penyaman udara secara automatik selepas beberapa jam apabila ruang bilik telah pun sejuk.

Kalau korang nak lagi jimat, korang boleh kurangkan penggunaan penyaman udara dan hanya gunakan udara semula jadi seperti buka tingkap dan beri udara segar masuk ke dalam rumah.

4. Gunakan cahaya semula jadi

Penggunaan cahaya semula jadi membantu menerangi kediaman korang tanpa sebarang kos tambahan. Ini semestinya dapat mengurangkan penggunaan lampu pada waktu siang serta menjimatkan elektrik.

Teknik pencahayaan yang baik juga membantu menjadikan ruang yang kecil dan sempit menjadi luas. Cara ini juga dapat jimatkan penggunaan elektrik sebab korang tak perlu buka lampu pada setiap ruang di rumah.

5. Gunakan mesin basuh dengan muatan penuh

Salah satu cara jimatkan penggunaan elektrik semasa menggunakan mesin basuh adalah dengan mengumpul terlebih dahulu pakaian sehingga muatan penuh dan basuh sekaligus. Barulah jimat!

Pada masa yang sama, jangan melebihi had muatan mesin basuh pula dan korang juga digalakkan menggunakan air sejuk berbanding air panas.

Apa kata lepas ni, korang hadkan pakaian yang betul-betul harus menggunakan air panas dan sekiranya korang nak mencucinya secara normal, korang harus menggunakan air sejuk untuk lebih menjimatkan tenaga.

Bukan itu sahaja, korang juga boleh menjemur pakaian tersebut di bawah cahaya matahari yang lebih menjimatkan daripada menggunakan dryer.

Pantau penggunaan tenaga elektrik dengan Smart Meter!

Nak tanyalah, berapa kerap korang check meter Tenaga Nasional (TNB) di rumah korang? Sekali sebulan? 2,3 kali sebulan? Ke tak pernah langsung?

Haa… Jangan risau sebab TNB telah memperkenalkan Smart Meter untuk membantu pengguna menjimatkan penggunaan tenaga elektrik.

Smart Meter direka untuk membolehkan pengguna memantau dan mengurus penggunaan tenaga harian mereka melalui aplikasi myTNB. Ia menjadikan korang pengguna yang lebih berhemat.

Aplikasi myTNB juga akan membolehkan pengguna melihat bil elektrik terkini dan terdahulu, serta membuat pembayaran pada bila-bila masa dan di mana-mana sahaja. Baru betul istilah “Hidup Bijak, Kuasa di Tangan Anda”!

Jadi tunggu apa lagi, cepat muat turun aplikasi myTNB di Google Playstore, Apple Appstore dan Huawei AppGallery sekarang tau.

Kekalkan penggunaan tenaga elektrik bulanan dengan ‘Energy Budget’

TNB juga telah memperkenal ciri baharu iaitu My Energy Budget. Ia direka untuk membantu pengguna yang memiliki Smart Meter untuk menguruskan penggunaan elektrik dengan lebih baik, dengan membenarkan korang menetapkan had dan memantau penggunaan masa nyata.

Sebagai contoh, apa yang korang boleh lakukan ialah tetapkan bajet bil pada bulan tu sebanyak RM150. Apabila penggunaan tenaga hampir mencapai amaun tersebut, korang akan mendapat notifikasi jumlah bil sasaran bulanan. Mudah kan!

Keupayaan ini mendorong pengguna menggunakan elektrik dengan lebih efisien dan jimat tenaga, sekali gus membantu mengurangkan pelepasan karbon dioksida pada alam sekitar.

Kelestarian alam sekitar merupakan suatu perkara yang harus diberikan perhatian serius demi kepentingan sejagat. Salah satu komponen yang tidak seharusnya dipinggirkan adalah kecekapan penggunaan tenaga khususnya elektrik.

Sebenarnya ada banyak lagi tip penjimatan elektrik yang boleh kita amalkan. Apa kata korang klik sini, untuk mengetahui lebih banyak tip penjimatan elektrik.

Mesti korang excited nak cuba kan? Untuk maklumat lanjut boleh layari laman web rasmi TNB.

SKIP THIS AD ×