berita

Jom Join Kempen Spritzer Grow Nature Warriors Ni Untuk Menjaga Alam Sekitar!

September 15th, 2016 | by Noraniza
Shout Out!

dp-fuji

Stress kan bila nampak sampah merata-rata tempat tanpa dibuang ditempat yang sepatutnya? Ada diantara kita yang bersikap tidak bertanggungjawab. Main buang je sampah dekat mana-mana tanpa memikirkan tentang bumi ni.

Bagaimana cara untuk korang atasi masalah ni? Ha, jom join kempen yang akan diadakan di Sunway Pyramid pada 17 September ni. Kempen ni dibuat untuk mewujudkan kesedaran orang ramai terhadap alam sekitar.

Contohnya, bagaimana sampah diwujudkan, bagaimana kita tidak menjaga alam semula jadi kita, bagaimana sampah dibuang dalam longkang atau sungai dan lain-lain lagi.

Macam mana untuk jaga kebersihan alam sekitar dengan kempen Spritzer Grow Nature Warriors

whatsapp-image-2016-09-14-at-1-11-25-pm

Cara untuk menjaga alam sekitar bukannya susah pun, mungkin individu yang buatkan jadi susah. Buang sampah merata-rata. Dalam longkang, tepi jalan, penggunaan baja-baja kimia dan sebagainya. Padahal ada je tong sampah disediakan hampir disemua tempat.

Alam sekitar seharusnya dijaga kerana alam sekitar bukan hanya digunakan pada masa sekarang tetapi akan digunakan sehingga beratus-ratus tahun lagi. Jadi, untuk mengembalikan kesegaran alam sekitar beberapa langkah menjaga alam sekitar perlulah diambil.

Antaranya adalah objektif event yang akan diadakan tidak lama lagi yang dipanggil Spritzer Grow Nature Warriors  akan diadakan pada bulan ini, 17 (September) di pusat membeli belah Sunway Pyramid, Petaling Jaya. Jadi korang jangan terlepas untuk join okay.

Let’s go green!

seedball-2

 

Antara kempen-kempen yang boleh dilakukan ialah kempen cintailah sungai kita, kempen kitar semula, sahabat alam dan sebagainya. Masyarakat akan didedahkan tentang pentingnya menjaga alam sekitar dan cara-cara menjaga alam sekitar seperti menguruskan  sisa pembuangan supaya kurang memberi pencemaran kepada alam sekitar.

Macam yang korang tahu, pencemaran alam sekitar semakin hari semakin meningkat mengikut pertambahan  bilangan pengguna. So jomlah kita ramai-ramai menghadirkan diri untuk menjayakan program ini. Bukan lama pun guys huhu.

whatsapp-image-2016-09-14-at-1-35-01-pm

Korang jangan lupa untuk share kepada kawan-kawan, keluarga, adik-beradik, saudara-mara okay? Lebih banyak shares for the poster, lebih banyak seedballs akan dikutip! Jangan terlepas peluang ni guys untuk menjaga dan membaik pulih alam sekitar kita semua. Stay clean and go green!!

The following two tabs change content below.

Noraniza

Senior Head Of Sponsored Content, Malay Division at Rev Asia Berhad
People will hate you, rate you, shake you and break you. But how strong you stand is what makes you! :)

SKIP THIS AD ×