berita

Jom ‘Karok’ Bersama Finalis AJL34 Di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana KL Esok! #ShowcaseAJL34

January 17th, 2020 | by Wan
Shout Out!

Hanya tinggal lebih kurang 20 hari lagi, kehangatan Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) semakin terasa! 12 finalis yang telah dikenal pasti akan berentap merebut gelaran Juara Lagu 34 ditemani oleh Haziq Hussni, Sherry Al Hadad dan Awal Ashaari selaku hos untuk acara berprestij ini.

Peluang jumpa finalis AJL32

Korang semua mesti dah tak sabar nak tunggu 9 Februari nanti kan? Sabar dulu, jom temui para finalist di Showcase Anugerah Juara Lagu 34 yang akan berlangsung pada 18 Januari, 5 petang hingga 10 malam di Panggung Anniversari, Taman Botani Perdana, Kuala Lumpur.

Antara barisan finalis yang akan menghiburkan korang semua ialah Ernie Zakri, Bob Yusof, Aina Abdul, Haqiem Rusli, Naim Daniel, Hazama & The Penglipurlara, Kugiran Masdo, Akim & The Majistret, Hafiz Suip dan Amanra. Bukan itu je, Showcase kali ini turut menampilkan artis jemputan seperti Luqman Faiz, Sarah Suhairi dan Apex Mentor.

Tiket sudah dijual!

Selain persembahan finalis, pelbagai aktiviti menarik disediakan antaranya penampilan maskot Ejen Ali, Alif & Sofia dan jualan tiket konsert final AJL34.

Harga setiap tiket adalah berbeza-beza mengikut aras iaitu RM30 untuk tempat duduk di Aras 4, RM40 untuk Aras 3 dan RM60 untuk Arena. Kalau korang tak sempat nak datang Showcase beli tiket, korang boleh melakukan pembelian dengan melayari laman web https://myticket.asia/.

Anugerah Juara Lagu 34 (AJL34) akan bersiaran langsung dari Axiata Arena, Bukit Jalil pada pukul 9.00 malam. Pada malam itu nanti, AJL34 akan memulakan kehangatannya dengan Karpet Merah secara strim langsung definisi tinggi (HD) di laman tonton pada pukul 8 malam, atau pada pukul 8.30 malam di TV9.

Jumpa di Showcase Anugerah Juara Lagu 34 esok tau! AJL 34 juga disokong oleh radio rasmi, Hot FM dan para rakan digital, Xtra, Senang Terhibur, dan Oh Bulan!

SKIP THIS AD ×