berita

Jom Ke Gelombang 2022! Festival Audio & Visual Khas Untuk Peminat Hifi Dan Home Theater!

July 29th, 2022 | by Azyan
Kini Trending

Selepas terpaksa ditunda kerana pandemik yang melanda dunia, Gelombang 2022 akhirnya dapat diadakan guys!

Kalau korang nak tahu, Gelombang 2022 ialah festival audio dan juga visual atau penglihatan dan bunyi. Festival Anjuran Gryphon Production Sdn Bhd adalah untuk memberi pengalaman baharu kepada peminat audio dan visual. Semestinya festival yang korang wajib pergi kalau korang suka kan pengalaman yang EXTRA bila dengar lagu atau tonton movie dirumah.

Festival ini bakal berlangsung dari 5-7 Ogos 2022!

Bukan sehari tapi 3 hari tau festival ini berlangsung! Korang boleh mula kunjungi festival ini dari 10 pagi sehingga 8 malam di Hotel Melia, Jalan Imbi.

Sebabkan korang dah lama tunggu, pihak penganjur terus sediakan 3 tingkat di Hotel Melia ni untuk Gelombang 2022!

Pameran ni tak terhad kepada dalam Malaysia je, booth luar negara pun ada!

Korang nikmati dan habiskan masa puas-puas belek barangan idaman korang tu sebab para exhibitor akan memaparkan sistem hifi dan teater rumah yang paling latest! Linkungan harga juga bermula dari ratusan ke ribuan ringgit bergantung kepada jenis produk.

Exhibitor yang hadir pun bukan dalam negara je tau, ada juga exhibitor yang datang dari Singapura dan Australia! Bayangkan kepelbagaian produk yang ada nanti, mesti luar biasa!

Ada juga persembahan muzik!

Gelombang 2022 juga menampilkan beberapa artis lokal yang bakal membuat persembahan secara langsung setiap hari bersama-sama dengan peraduan, bengkel dan ceramah.

Antara yang dijemput ialah  The Shang Sisters, Z Yan, Yudi, David Gomez, 2V1G, Zoey Hui, Ena Hon dan An Honest Mistake. Persembahan musik ni dah diprogram dalam bentuk genre yang pelbagai supaya ia dapat nikmati oleh semua lapisan umur!

Lepas tu korang boleh juga Meet and Greet serta join sesi autograph dengan mereka ni!

Gelombang 2022 juga menampilkan Dr.Anwar Ali yang telah mencipta server musik beliau sendiri secara lokal! Bakat macam ni lah yang kita kena ketengahkan dan berikan platform yang sepatutnya! Korang boleh dengar sendiri pengalaman beliau di festival ini nanti.

Selain itu, pengunjung juga berpeluang untuk memenangi sehingga RM20,000! Tak payah beli apa-apa pun boleh menang. Hanya perlu isi je info korang masa masuk. Menarik kan?

Lepas beberapa lama Malaysia tak ada festival macam ni, kali ni semua all out! Jangan terlepas peluang keemasan ni okay guys! Boleh lah plan terus dengan geng-geng korang nak ke Gelombang 2022 sekarang ni!

Untuk maklumat lanjut mengenai Gelombang 2022 ni korang boleh terus ke Facebook mereka di SINI!

 

 

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×