berita

Jom Kenali Berus Maskara Korang Untuk Bulu Mata Yang Lebih Lentik & Syantik!

September 21st, 2018 | by Farah Adibah
Kini Trendy

Setiap wanita mesti idamkan bulu mata yang lentik dan lebat. Tapi masalahnya ramai yang tak tahu macam mana nak bagi bulu mata mereka lentik. Sampai kadang-kadang rasa give up!

Senang je sebenarnya! Korang hanya perlukan dua benda je iaitu pelentik bulu mata dan maskara. Pemilihan maskara paling penting sebab ia menentukan betapa lentiknya bulu mata kita. Korang kena tahu fungsi dan sama ada sesuai atau tak dengan bulu mata korang. Barulah lentik dan syantik!

1. Maskara klasik yang menjadi kegilaan semua wanita sejak dulu

 

Maskara ni adalah kegilaan orang wanita sejak dulu lagi. Sebabnya maskara ni akan menampakkan bulu mata korang lebih lebat daripada biasa.

Buat korang yang memang nak sangat bulu mata lebat, berus ni memang pilihan yang tepat!

2. Maskara sikat, bukan rambut je yang perlukan sikat

Pada yang memiliki bulu mata yang pendek, jenis berus ni sesuai untuk korang! Sebabnya berus jenis sikat ni akan salut maskara pada bulu mata korang secara individu. So, bulu mata korang akan dapat efek lentik yang natural.

Maskara ni juga sesuai dipakai pada bulu mata bawah. Paling best, mata korang takkan comot kalau pakai maskara jenis ni sebab senang nak control. Bulu mata palsu tu dah boleh campak ke tepi okay!

3. Curved maskara untuk bulu mata straight

Haa..berus jenis boleh bagi efek bulu mata lentik ala-ala Rozita Che Wan! Kalau bulu mata korang straight dan sejenis degil yang tak nak jugak melentik bila disepit, jangan risau beli je maskara berus curved ni.

4. Maskara belon? Apa tu…

Agaknya semua orang tahu tak kewujudan maskara belon ni? Maskara ni sebenarnya sangat best! Sebabnya ia dapat tangkap bulu mata yang susah nak dicapai kalau guna maskara biasa.

Dengan berus ni, kerja korang jadi mudah. Takdelah maskara tu nak terkena dekat kulit mata korang dah! Senang kan?

5. Bubble maskara, takda kena mengena dengan sabun

Bubble maskara ni melentikkan bulu mata korang tapi tidaklah terlalu ekstrem. Berus ni hanya bagi efek lifting pada bulu mata.

Berus ni memastikan bulu mata korang disalut daripada akar hingga ke hujung. Pada yang ingin lentik yang tak terlampau ekstrem, berus ni untuk korang!

6. Maskara skinny, nama je skinny tapi efek dia power!

Korang yang berbulu mata pendek confirm selalu ada masalah nak salut bulu mata bila guna maskara biasa kan? Sebabnya maskara biasa mempunyai berus yang besar. Memang setiap kali nak pakai tu comotlah!

Tapi maskara jenis skinny ni sesuai sangatlah untuk korang yang ada bulu mata pendek. Skinny maskara ni nipis, sangat mudah untuk salut bulu mata yang susah dicapai tu. Korang jangan risau! Dengan maskara jenis ni, bulu mata pendek pun boleh jadi lebat dan lentik tau!

7. Maskara jumbo 

Fungsi jumbo maskara ni untuk lebatkan bulu mata. Apa yang membezakan ia dengan maskara yang lain ialah maskara ni agak makan masa untuk dipakai.

Walaupun ambik masa nak pakai, jangan risau sebab korang akan tetap nampak cantik dengan bulu mata yang lebat!

Amacam? Dah kenal kan jenis maskara, fungsi dan mana yang sesuai dengan korang. Dan jangan sesekali give up kalau korang rasa satu maskara tu tak ngam dengan korang.

Jadi lepas ni bolehlah melaram dengan bulu mata yang lentik dan menawan tanpa perlu memakai bulu mata palsu lagi!

SKIP THIS AD ×