berita

Jom Kenali Individu Sebalik Kejayaan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport Di Formula 1!

December 3rd, 2018 | by Epul
Kini Trending

Kejuaraan Dunia Formula 1 siri ke 69 baru je melabuhkan tirai dengan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport berjaya mengekalkan kejuaraan mereka.

Lebih membanggakan ini merupakan kejuaraan yang kelima secara berturut-turut buat pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport. Pencapaian ini berjaya menyamai pencapaian pasukan Ferrari pada tahun 2000-2004. Hebat kan?

Anak Malaysia di sebalik kejayaan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport!

Kalau selama ini kita tengok Formula 1, kita selalu mengagumi kehebatan setiap pelumba tu kan? Tapi korang tau tak, disebalik setiap kejayaan pelumba Formula 1, terdapat satu pasukan yang menjadi tulang belakang kepada kejayaan tersebut?

Haa.. Kali ni kami nak kenalkan korang dengan seorang anak Malaysia yang menjadi salah seorang pasukan jurutera yang bertanggungjawab mengendalikan jentera pemandu Formula 1 ni. Bangganya!

Nasri bukti tiada perkara yang mustahil

Ahmad Nasri bin Mohd Syafie, merupakan anak kelahiran Pulau Pinang dan berusia 31 tahun. Pada awal penglibatannya dalam dunia kejuruteraan, dia tidak pernah membayangkan bahawa dia akan menjadi salah seorang daripada pasukan juara dunia.Nasri telah menjadi sebahagian pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport pada Februari 2018 sebagai Jurutera Bendalir Petronas (Petronas Trackside Fluid Engineer).

Bapa saya banyak berkongsi minatnya terhadap perlumbaan F1. Dia adalah peminat setia sukan permotoran dunia itu- Nasri

Bagi Nasri minatnya ini datang daripada bapanya, semasa di zaman sekolah menengah juga dia menjadi antara pelajar bertuah kerana terpilih untuk menyaksikan perlumbaan Formula 1 di litar SIC pada tahun 2003 yang ditaja oleh pihak PETRONAS. Mulai saat itu dan juga atas dorongan dan minat yang dipupuk oleh bapa, dia mula meminat sukan pemotoran dan jentera Formula 1 ini.

Tekanan beri peluang untuk cabar diri

Setiap pekerjaan yang dilakukan pastinya mempunyai cabaran yang tersendiri, bagi Nasri antara cabaran yang dihadapi ialah rutin kerja untuk membuat keputusan analisis pada kadar yang segera dan secara tepat terhadap bahan api dan minyak pelincir yang dibekalkan oleh PETRONAS.

Tiada perkara yang sukar jika dilalui bersama. Kami terlibat secara langsung dengan apa yang berlaku di litar. Jadi segala kejayaan mahu pun kegagalan, akan dirasai oleh setiap ahli pasukan- Nasri

Menurutnya lagi sepanjang seminggu perlumbaan berlangsung lebih daripada 100 analisis bendalir dan bahan api dilakukan untuk memastikan kelancaran semasa hari perlumbaan. Tekanan dirasai apabila fokus pasukan juara dunia tertumpu kepada pasukannya selaku wakil PETRONAS dan dia juga perlu melakukan pekerjaannya dengan cukup teliti.

Selain itu, masa bekerja yang agak panjang sehingga 17 jam sehari kerana perlu berada di litar turut mencabar ketahanan mentalnya. Tambanhnya lagi ramai yang beranggapan, pasukannya hanya mula bertugas pada hari Jumaat bagi setiap perlumbaan yang berlangsung pada hari Ahad. Hakikatnya, demi mendapatkan kejituan dalam bacaan dan analisis, pasukannya sudah berada di litar 5 hari lebih awal, sebelum perlumbaan sebenar berlangsung.

Rakan sepasukan pendorong untuk terus komited

Menjawab persoalan bagaimana dia terus komited dalam pekerjaan yang dilakukan di sebalik pelbagai tekanan yang dihadapinya,  Nasri menjawab keseronokkan bekerja dengan rakan sepasukan yang sangat profesional dan sentiasa memberi tunjuk ajar serta berkongsi pengalaman menjadikan suasana bekerjanya menjadi sangat bermakna.

Tambahnya lagi, peluang bekerja dengan pasukan terbaik di dunia adalah sesuatu yang tidak ternilai kerana dia dapat menimba pengalaman lebih luas di negeri orang dengan merasai budaya baru yang unik di setiap lokasi perlumbaan Formula 1.

Detik indah menyaksikan kejayaan pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport

Nasri berkongsi detik kemenangan pertama di Litar Baku, Azerbaijan yang menyaksikan pemandu Lewis Hamilton naik ke podium merupakan pengalaman indahnya dalam Kejuaraan Dunia Formula 1.

Kemenangan ini turut dirasai ‘keluarga besar’ pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport kerana hanya pada perlumbaan yang keempat, barulah pasukan juara dunia ini dapat meraih kemenangan. Ini menunjukkan betapa sukarnya pertandingan bagi musim ini.

Berharap lebih ramai anak Malaysia ceburi bidang kejuruteraan. Malaysia boleh!

Nasri juga menyatakan harapannya agar dapat memberikan inspirasi kepada anak-anak tempatan untuk menceburi bidang ini, sekaligus membawa nama negara lebih masyhur dalam arena permotoran antarabangsa.

Dia juga berharap dapat terus maju dan diberikan peluang untuk berkongsi ilmu yang dipelajarinya bersama pasukan Mercedes-AMG PETRONAS Motorsport dengan rakan kerja di PETRONAS dan rakyat Malaysia.

The following two tabs change content below.

Epul

Sponsored Content Champion at REV Asia
Jangan follow akaun Twitter & Instagram saya kat tepi ni.

SKIP THIS AD ×