Sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) diumumkan lebih dari 3 bulan yang lalu, pastinya ada rakyat Malaysia yang terkesan baik dari segi peribadi, pekerjaan mahupun perniagaan. Ramai individu yang terpaksa mencari alternatif untuk menjana pendapatan, termasuklah berniaga secara kecil-kecilan melalui platform media sosial. Malah banyak juga organisasi yang terpaksa beralih ke platform digital semata-mata untuk meneruskan operasi bisnes mereka.
OpenLearning kini hadir dengan inisiatif baru yang bertujuan membantu rakyat Malaysia menggunakan teknologi pendidikan terkini untuk menjana pendapatan yang menguntungkan. Bagaimana? Dengan membolehkan korang berkongsi ilmu dan kemahiran melalui kursus dalam talian sebagai seorang ‘contentpreneur’—satu cabang baharu dalam bidang keusahawanan digital.
Dengar cerita, dengan OpenLearning, ada yang dah jana pendapatan sehingga 5 angka tau! Nak tahu caranya?
“Lebih daripada 2,000 pendaftaran dalam masa beberapa minggu sahaja”- Norizan Sharif
Norizan Sharif, seorang ‘contentpreneur’ di OpenLearning berkata, kursus pertamanya Hubungan Perorangan dan Sesama Manusia telah menarik lebih daripada 2,000 pendaftaran dalam masa beberapa minggu sahaja. Beliau berjaya menjana pendapatan melebihi RM60,000 dari hasil kutipan yuran kursusnya yang berharga RM30 itu. Wow!
“Saya langsung tidak jangkakan sambutan yang begitu menggalakkan terhadap kursus saya. Ini membuktikan bahawa wujudnya permintaan yang cukup tinggi untuk kursus-kursus pembangunan profesional di Malaysia.”
Kejayaan ini mendorong beliau melancarkan 2 lagi kursus baru di OpenLearning, iaitu Penyelesaian Konflik dan Komunikasi Persuasif.
Seperti Norizan, korang juga boleh menjadi pencipta kursus yang berjaya di OpenLearning tau!
OpenLearning lengkap dengan fitur pembinaan kursus yang korang perlukan..
Selagi mempunyai minat, kemahiran, atau pengetahuan dalam sesuatu topik, korang boleh menawarkan kursus dan kandungan pembelajaran dalam talian.
Ambil langkah pertama, tanyalah diri sendiri, “Adakah saya mempunyai kemahiran yang dapat membantu orang lain?”
Contohnya—mengajar skil bermain gitar, menghasilkan panduan memasak masakan kegemaran Malaysia, atau menyediakan modul persiapan temuduga untuk graduan baru.
Siapa tahu, dengan kandungan kursus korang yang bermanfaat dan menarik, korang mungkin dapat merebut hati rakyat Malaysia seperti Sugu dan Pavithra!
Dengan OpenLearning, korang boleh mula membina kursus dalam talian dengan mudah. Berbeza dengan YouTube atau akaun media sosial korang, platform ini diciptakan khas dengan fitur yang lengkap untuk menghidupkan sebarang kandungan kursus. Korang boleh mengubah suai serta menambah elemen multimedia dalam bentuk teks, audio, video, logo, menukar tema warna dan sebagainya mengikut kreativiti!
Bukan itu saja, sebagai ‘contentpreneur’, korang juga boleh menikmati pelbagai faedah tambahan semasa menggunakan OpenLearning seperti:
- Menawarkan sijil kepada mereka yang berjaya menamatkan kursus
- Menerima bayaran yuran kursus dengan lebih efisien melalui sistem pembayaran dalam talian
- Menghubungkan pelajar dari seluruh dunia dengan suasana pembelajaran sosial yang moden dan terkini
- Mengikuti perkembangan pelajar dan mendorong pembelajaran berkomuniti secara aktif
- Memperibadikan atau mengemas kini kandungan kursus dengan cepat dan fleksibel
Dana bantuan tambahan bernilai sehingga RM100,000!
Sebagai permulaan, korang boleh mencipta kursus di OpenLearning dengan tempoh percubaan percuma, serta mengambil bahagian dalam Cabaran Pencipta Kursus 30-Hari yang akan membantu korang melancarkan dan menawarkan kursus dalam talian kepada audiens yang sedia ada dalam masa yang singkat.
Lebih menarik, OpenLearning juga menawarkan Dana Bantuan Pencipta bernilai RM100,000 sebagai sokongan dan insentif tambahan untuk membantu pencipta, pelatih dan pendidik yang berpotensi tinggi. OpenLearning akan memberi panduan kepada mereka yang terpilih untuk mengubah kandungan atau bahan latihan yang sedia ada kepada kursus atau program dalam talian yang boleh dijual melalui 3 cara:
- Bengkel digital eksklusif OpenLearning di mana korang akan mempelajari selok-belok penghasilan kursus dalam talian
- Sesi fasilitasi berkumpulan bersama pasukan pakar pereka dan pemasaran digital OpenLearning
- Tajaan pembinaan kursus separa penuh atau sepenuhnya oleh OpenLearning
Berminat untuk mendigitalkan perniagaan?
Bukan sahaja berfokus membantu ‘contentpreneur’ individu, OpenLearning turut memperkasakan organisasi yang berminat untuk memacu transformasi digital.
Buat masa ini, mereka menawarkan sesi konsultasi khas serta demonstrasi sistem secara langsung bagi membantu perangkaan strategi dalam penjimatan kos dan pembukaan aliran pendapatan baru.
Oh ya, organisasi terpilih di Malaysia juga layak menerima diskaun untuk pelan langganan OpenLearning (terhad untuk pelanggan terawal).
Kalau nak tahu lebih lanjut tentang inisiatif Transformasi Digital OpenLearning ini, bolehlah klik di sini.
Jom rebut peluang keemasan ini!
Jadi, apa lagi yang ditunggukan? Jom rebut tawaran-tawaran menarik ini dan manfaatkan ilmu dari OpenLearning mulai Julai hingga November 2020 ini. Jangan lupa mulakan percubaan percuma korang hari ini!
Untuk maklumat lanjut, korang boleh hantarkan e-mail kepada [email protected] atau layari laman web OpenLearning.