berita

Jom Kongsi Dan Sebarkan Lebih Banyak Kebaikan Sempena Ramadan Ini Dengan Dutch Lady!

April 6th, 2022 | by Nurul
Kini Trending

Ahh..pejam celik, bulan Ramadan dah kembali! Inilah bulan yang ditunggu-tunggu untuk kita ramai-ramai buat amal jariah dan kebaikan demi pahala yang berganda.

Tapi dalam nak dapatkan pahala tu, hati kena ikhlas tau. Jangan pulak korang harapkan balasan. Kalau ada rezeki lebih tu kongsilah sikit dengan yang memerlukan, barulah selari dengan konsep Ramadan iaitu ikhlas dalam apa jua dilakukan untuk mendapat pahala.

Cakap pasal berkongsi ni, Dutch Lady juga menggalakkan kita semua untuk berkongsi susu kegemaran ramai ni kepada orang sekeliling sebagai simbol berkongsi kekuatan dan sumber tenaga untuk kekal kuat dan bertenaga sepanjang hari! 

Sempena Ramadan tahun ini, Dutch lady ingin mengingatkan umat Islam tentang ‘BERKONGSI KEKUATAN, MENGINSPIRASI KEBAIKAN’, bersesuaian dengan matlamat Dutch Lady yang menginginkan kekuatan dimanfaatkan untuk diri dan orang lain melalui produk susunya.

Atas sebab itulah, Dutch Lady nak ajak korang semua berkongsi resipi Ramadan dengan “Kongsi Resipi, Kongsi Kebaikan!

Haa..buat korang yang selalu kering idea nak masak juadah berbuka dan sahur tu, jangan risau, baru-baru ni Dutch Lady telah melancarkan kempen digital “Kongsi Resipi, Kongsi Kebaikan” sebagai satu cara untuk memberi idea dan mempelbagaikan juadah berbuka atau bersahur nanti.

Sambil korang berkongsi resipi, korang pun bolehlah dapat idea juga nak masak apa. Ini pun boleh dikira sebagai salah satu kebaikan juga tau! Yelah, apabila korang berkongsi resipi, orang lain akan dapat manfaatnya. Korang pun boleh dapat pahala. Yeay!

Cara-cara nak menyertai kempen ni pun mudah je. Korang hanya perlu ikuti langkah-langkah kat bawah ni:

Langkah 1: Sediakan menu buka puasa atau sahur yang kreatif menggunakan Susu Dutch Lady Berperisa Kurma atau Pisang. Korang juga boleh menggunakan mana-mana Susu Dutch Lady sebagai ramuan tambahan.

Langkah 2: Tangkap gambar atau video menu yang korang sediakan bersama pek Susu Dutch Lady Berperisa Kurma atau Pisang yang digunakan.

Langkah 3: Sertakan resipi korang dengan #KongsiResipiKongsiKebaikan di kapsyen dan jangan lupa ‘tag’ Dutch Lady Malaysia (Facebook) dan/atau @dutchladymy (Instagram) sebelum menyiarkan penyertaan* korang di Facebook dan/atau Instagram.

*Akaun Peserta hendaklah ditetapkan pada mod PUBLIC untuk akses Pihak Penganjur.

Tempoh peraduan: 25 Mac hingga 17 April 2022

30 pemenang akan dipilih berdasarkan kreativiti dan keputusan hakim. Pemenang yang terpilih akan menerima beg cenderahati Pakej Berkat Dutch Lady yang bernilai RM100. Bestnya!

Klik sini untuk maklumat lanjut.

Jom beli sambil menderma dengan Dutch Lady!

Oh bukan itu je, di samping berkongsi resipi, Dutch Lady juga memberi peluang untuk korang berkongsi kebahagiaan dan melakukan lebih banyak kebaikan dengan membantu mereka yang memerlukan.

Caranya mudah je, korang perlu:

1. Buat pembelian produk Dutch Lady sekurang-kurangnya RM35 dan ke atas dalam satu resit pembelian (sebagai bukti pembelian) di kedai-kedai yang menyertai (di kedai atau dalam talian) sewaktu Tempoh Promosi.

2. Ambil foto bukti resit pembelian dan hantarkan melalui Whatsapp ke 018-2288504 bersama butiran lengkap iaitu nama penuh, nombor kad pengenalan dan nyatakan pilihan ganjaran untuk ditebus iaitu: 1 untuk PIN isi semula Touch n Go bernilai RM5 atau 2 untuk mendermakan jumlah tersebut untuk tujuan kebajikan.

Untuk maklumat lanjut, korang boleh klik sini.

Salam Ramadan dari Dutch Lady kepada semua!

SKIP THIS AD ×