Min yakin mesti ramai yang dah terbiasa pesan makanan menggunakan servis penghantaran je sekarang betul tak? Bukan apa cara ni adalah paling mudah dan cepat terutama sekali untuk golongan bekerja.
Tapi, nak pesan servis penghantaran ni pun ada trick dia tau. Kalau korang tahu cara yang betul korang boleh kumpul mata ganjaran untuk peluang menangi hadiah lumayan!
Nah kami kongsi tips mudah untuk kumpul mata ganjaran
1. Nak makan atau nak servis perkhidmatan, guna foodpanda je!
Macam yang korang tahu foodpanda adalah antara platform paling popular untuk servis penghantaran makanan dan perkhidmatan. Selain memudahkan urusan korang, foodpanda juga tawarkan mata ganjaran untuk pelanggan setia mereka.
Lagi banyak mata ganjaran yang korang kumpul, lagi banyaklah kelebihan yang boleh korang nikmati!
2. Guna baucar atau kupon yang ada
Nak kumpul mata ganjaran mestilah kena rajin buat pesanan di foodpanda kan? Haa.. Jangan lupa untuk manfaatkan baucar dan kupon yang ditawarkan tau. Barulah jimat!
Psstt.. Kadang-kadang kupon dengan penjimatan sehingga 40% tau, memang berbaloi!
3. Makan dengan member, boleh beli dalam kuantiti yang banyak
Antara tips jimat lain yang min selalu guna adalah kumpul order dengan member sebelum buat pesanan. Gerenti korang jimat kos penghantaran sebab boleh kongsi ramai-ramai.
Lagipun, lagi tinggi nilai pesanan korang maka lagi banyaklah mata ganjaran yang boleh dikumpul. Hehe..
4. Barang keperluan rumah dah habis? Pesan je di pandamart
Tak perlu risau kalau korang tak sempat nak singgah ke pasaraya untuk beli barang keperluan rumah, apa yang korang perlu buat hanyalah pesan melalui pandamart je dan tunggu barang-barang tersebut tiba di pintu rumah.
Paling penting, mestilah dapat mata ganjaran juga! :)
5. Guna pandapro untuk kumpul mata ganjaran berganda!
Trick ni paling untung bagi min, sebab dengan hanya melanggan pandapro yang bernilai RM0.99 korang boleh dapat mata ganjaran berganda serta penghantaran percuma selama setahun!
Untung gilaaa, korang bukan je dapat jimat kaw-kaw tapi korang juga dapat kumpul mata ganjaran dengan mudah. Fuhh.. Memang berbaloi!
Lagi banyak mata ganjaran, lagi tinggi peluang untuk korang menang sebuah rumah idaman!
Haa.. Nilah sebabnya kenapa min beria suruh korang kumpul mata ganjaran foodpanda banyak-banyak, sebab korang berpeluang untuk menang sebuah condo di KAIA Heights yang bernilai lebih RM570,000!
Rumah percuma untuk korang geng, siapa tak nak kan? Bukan susah apa yang korang perlu lakukan hanyalah buat pesanan melalui foodpanda kemudian gunakan kod ‘PANDA’.
Untuk setiap pesanan berjumlah RM20-RM30 korang akan dapat 1 mata ganjaran. Sementara Rm30,01-RM40 layak menerima 2 mata ganjaran dan pesanan bernilai lebih RM40.01 bakal terima 3 mata ganjaran.
Bonus point! Sepanjang 7-13 November ni semua pengguna foodpanda layak menerima mata ganjaran berganda! Bukan pandapro je tau!
Selain sebuah condo, ada juga hadiah istimewa lain menanti korang seperti barangan Huawei seperti Huawei Mate 50 Pro + Huawei Watch GT2 + Huawei Freebuds Pro2 bernilai RM7,000, 10 unit iPhone 14 Pro Max dan baucar foodpanda bernilai RM1000 setiap satu untuk 9 orang pemenang.
Apa tunggu lagi tu? Jom cepat-cepat buat pesanan korang melalui foodpanda sekarang! Kalau boleh pesan hari-hari, barulah banyak mata ganjaran yang boleh dikumpul sekaligus meningkatkan peluang korang untuk memiliki sebuah condo di KAIA Heights!
Untuk maklumat lanjut mengenai peraduan Collect Pandas, Get Rumah, korang boleh layari laman web rasmi foodpanda di SINI.