berita

Jom Menang Tiket Percutian Ke Korea Hanya Dengan Mengundi Artis Pilihan Korang Di ABPBH 32!

September 10th, 2019 | by Mastura
Shout Out!

Wei aku nak pergi Korea, takde ke yang nak bagi tiket free?

Nak pergi Korea? Say no more. Korang tau tak korang boleh menang tiket percutian untuk 2 orang ke Korea hanya dengan mengundi artis pilihan korang di Anugerah Bintang Popular Berita Harian 32 (ABPBH 32).

Sebanyak 13 kategori akan dipertandingkan, artis-artis yang dicalonkan pon hebat-hebat weyh. Antaranya, Mira Filzah, Syafiq Kyle, Janna Nick, Haqiem Rusli,Zizan Razak, Remy Ishak dan tahun ni siap ada kategori KPOP tau!

Undi artis pilihan korang di ABPBH 32 dengan DuitNow!

Apa benda DuitNow ni? Haa.. Kalau korang nak tau DuitNow ni sama je macam online banking. Korang boleh transfer dan terima duit macam biasa tapi korang tak perlu guna nombor akaun. Just guna nombor telefon atau kad pengenalan je.

Lagi menarik, kalau korang mengundi artis kesayangan korang menggunakan DuitNow, korang boleh dapat undian berganda tau! Caranya senang je, korang hanya perlu a langgan BH Digital dengan harga 10 sen je untuk langganan 1 hari. Automatik korang dapat 30 undian. Promosi 10 sen ni special sempena Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia je tau!

Macam mana nak undi dengan DuitNow ni?

Tak tau nak undi dengan DuitNow? Meyh sini kami ajar,tak susah pun!

LANGKAH 1: Dapatkan DuitNow ID bintang pilihan (nombor telefon) di laman web ABPBH.

LANGKAH 2: Log masuk ke Perbankan Internet korang & pilih DuitNow di menu “Funds Transfer”.

LANGKAH 3: Masukkan,

  • DuitNow ID bintang pilihan korang. Contoh: 0123456789
  • Amaun pakej langganan BH Digital iaitu RM0.10
  • Nombor telefon korang di ruangan “Recipient Reference”.

LANGKAH 4: Aktifkan langganan BH Digital korang di laman web ABPBH, di menu “Pengaktifan”.

Undian korang akan terus dikira bila korang dah buat transaksi langganan BH Digital melalui DuitNow. Jangan risau okayDuitNow dijamin mudah dan selamat.

Rebut ganjaran best hanya dengan mengundi dengan DuitNow

Haa.. Ni kami nak bagitau sikit, korang bukan setakat boleh menang hadiah percutian ke Korea je tau. Sebab sebenarnya, DuitNow ada 3 ganjaran untuk korang yang melanggan BH Digital  dan mengundi dengan DuitNow. Nak tau apa ganjarannya?

Ada 100 tiket eksklusif ABPBH 32 menanti korang. 50 pemenang bertuah bakal hadir ke malam kemuncak ABPBH 32 pada 22 September 2019 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC). 2 pemenang akan dipilih dan diumumkan di Facebook rasmi ABPBH setiap minggu.

Rebut peluang untuk makan-makan dengan pemenang kategori anugerah DuitNow iaitu Penyanyi Lelaki Popular DuitNow dan Penyanyi Wanita Popular DuitNow. Korang mungkin salah seorang daripada 20 peminat terpilih.

Paling best mestilah ada 2 tiket percutian ke Korea hanya dengan mengundi menggunakan DuitNow. Mana tau korang yang bertuah untuk menang salah satu ganjaran ni.

Jangan lengah jom undi sekarang juga dengan DuitNow!

Tak yah berangan nak pergi ABPBH 32, nak keluar makan dengan artis popular atau menang ke Korea kalau korang tak mengundi sekarang! Tunggu apa lagi buka page ABPBH untuk undi artis kegemaran korang.

Masa dah tak banyak, undian untuk ABPBH 32 akan berakhir pada 15 September 2019. Kalau korang nak tau lebih lanjut tentang undian melalui DuitNow ni, pergi je laman web DuitNow dan laman web ABPBH untuk info lanjut.

Selamat mengundi!

 

The following two tabs change content below.