berita

Jom Pakai Warna Oren Pada 25 November Ni Sempena Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita

November 23rd, 2023 | by Aimi Raihana Mudzakir
Kini Trending

Wanita adalah insan istimewa yang memainkan peranan penting dalam masyarakat. Mereka lah ibu tercinta, saudara perempuan, pasangan dan kawan kita. Oleh itu, mereka harus disayangi, dihormati dan dilindungi daripada keganasan, kesakitan dan penghinaan.

Pada 25 November setiap tahun, seluruh dunia akan menyambut Hari Menangani Keganasan Terhadap Wanita (International Day for the Elimination of Violence against Women – EVAW) untuk meningkatkan kesedaran tentang keganasan berasaskan jantina terhadap wanita. Malaysia pun tak terkecuali!

KPWKM siap menyerikan Menara KL dengan warna OREN pada malam 24 November

Sebagai simbolik permulaan kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita, Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dengan kerjasama Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNFPA) akan ‘menyirami’ Menara Kuala Lumpur dengan warna OREN pada malam 24 November ni.

Kenapa warna OREN? Buat pengetahuan korang, warna OREN adalah warna global tanda solidariti bagi menghentikan keganasan terhadap wanita.

Jom ramai-ramai pakai warna oren pada 25 November!

Jadi, macam mana nak tunjukkan solidariti dan sokongan korang kepada kempen Hentikan Keganasan Terhadap Wanita? Mudah je!

Jom kita ramai-ramai sahut seruan KPWKM untuk bersama-sama memakai pakaian berwarna oren pada 25 November ni. Korang yang menjadi pemilik premis juga dialu-alukan untuk menghiasi premis korang dengan warna oren bagi menyokong kempen ni.

Dah pakai warna OREN tu, jangan lupa muat naik OOTD korang dengan #Hentikankeganasanterhadapwanita #EVAW #orangetheworld sekali tau!

Bagi memastikan kempen ni berjaya mencapai matlamatnya, KPWKM juga menyarankan agensi kerajaan, swasta, NGO dan individu untuk melaksanakan program kesedaran menghapuskan keganasan dan penindasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan di peringkat akar umbi seperti di komuniti setempat, sekolah, universiti dan tempat kerja.

Mari kita sama-sama berganding bahu untuk menjayakan kempen ni. Hentikan keganasan terhadap wanita dan kanak-kanak perempuan. Sayangi dan jagalah wanita-wanita di sekeliling kita!

Klik SINI untuk ketahui info dan perkembangan terkini daripada KPWKM.

The following two tabs change content below.

SKIP THIS AD ×